Mesingan berat
Mesingan berat Heavy Machine Gun - HMG merupakan sejenis mesingan suapan rantai yang menggunakan katrij berkuasa penuh/magnum yang direka untuk lebih besar berbanding dengan mesingan ringan, mesingan sederhana atau mesingan kegunaan am.[1] Seperti gambaran pada namanya, mesingan berat secara tipikalnya tidak boleh dibawa oleh anggota infantri, oleh itu memerlukan ia untuk dipasang pada sebuah platform senjata untuk digunakan dengan lebih stabil atau digerakkan secara taktikal, memiliki kuasa tembak yang lebih besar dan umumnya memerlukan satu pasukan untuk opeasi dan penyelenggaraannya.
Secara umum, terdapat dua kelas senjata yang diakui sebagai mesingan berat. Pertama adalah senjata yang berasal daripada era Perang Dunia I yang dikenalpasti sebagai "berat" di sebabkan oleh berat dan kerumitan senjata ini sendiri, yang mana menghalang anggota infantri dari membawanya dengan berjalan kaki. Kedua merujuk pada mesingan yang mempunyai kaliber besar (12.7x99mm, 12.7×108mm, 14.5×114mm, dan lebih besar), yang dipelopori oleh John Browning melalui mesingan M2, yang mana direka untuk meningkatkan jarak efektif, penembusan dan kuasa memusnah untuk menentang hadangan, kenderaan, pesawat dan kubu/bangunan yang tidak mampu ditangani oleh katrij raifal kaliber sandard yang digunakan pada raifal tempur, mesingan ringan atau mesingan kegunaan am, atau katrij sederhana yang digunakan pada raifal serbuan, mesingan rinan dan senjata automatik skuad. Mesingan berat juga mempunyai rekoil yang lebih tinggi dibandingkan dengan mesingan ringan dan sederhana.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Machine Gun". Britannica.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mesingan berat |