Mersa Matruh
Mersa Matruh (Arab: مرسى مطروح ), juga ditransliterasi sebagai Marsa Matruh (bahasa Arab Baku Moden Marsā Maṭrūḥ, ar), merupakan sebuah pelabuhan di Mesir dan ibu kota Kegabenoran Matrouh. Ia terletak 240 km (150 bt) barat Iskandariah dan 222 km (138 bt) timur Sallum di lebuh raya utama dari Delta Nil ke sempadan Libya. Bandar ini juga boleh diakses dari selatan melalui lebuh raya lain yang melalui Gurun Barat menuju Oasis Siwa dan Oasis Bahariya.
Mersa Matruh
مرسى مطروح | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat: 31°20′N 27°13′E / 31.333°N 27.217°E | |||||||||
Negara | Mesir | ||||||||
Kegabenoran | Matrouh | ||||||||
Keluasan | |||||||||
• Jumlah | 2,675 km2 (1,033 batu persegi) | ||||||||
Aras | 7 m (23 ft) | ||||||||
Penduduk (2024)[1] | |||||||||
• Jumlah | 568,689 | ||||||||
• Kepadatan | 210/km2 (550/batu persegi) | ||||||||
• Kelompok etnik | Badwi Mesir & Mesir-Libya. | ||||||||
Zon waktu | UTC+2 (EST) | ||||||||
Kod kawasan | (+20) 46 |
Mersa Matruh adalah pelabuhan bijirin utama di bawah orang Rom dan pangkalan tentera Empayar British. Semasa Perang Dunia II, beberapa pertempuran telah berlaku di sekitar kawasannya ketika Tentera Panzer Italo-Jerman Afrika cuba menawan pelabuhan. Ia jatuh ke Paksi semasa Pertempuran Mersa Matruh tetapi telah ditawan semula selepas Pertempuran El Alamein Kedua.
Galeri
suntingRujukan
sunting- ^ a b c "Marsā Maṭrūḥ (Kism (urban and rural parts), Egypt) - Population Statistics, Charts, Map and Location". citypopulation.de. Dicapai pada 21 Ogos 2024.