Meriam serbuan
Meriam serbuan atau meriam gempur (assault gun) ialah sejenis kenderaan artileri gerak sendiri[1] yang menggunakan selaras meriam sokongan infantri yang dipasang. pada casis motoris, biasanya sebuah kenderaan tempur berperisai.[2] Meriam serbuan direka untuk menyediakan sokongan tembakan terus untuk serangan infantri, terutama terhadap infantri lain atau kedudukan berkubu.[3] Istilah ini adalah terjemahan harfiah dari perkataan Jerman Sturmgeschütz, yang digunakan untuk meriam gempur pertama buatan khas, iaitu StuG III, pada tahun 1940.[3]
Menurut sejarah, konsep meriam serbuan sangat mirip dengan kereta kebal infantri, kerana kedua-dua kenderaan tempur ditugaskan mengiringi formasi infantri kedalam peperangan.[4] Namun, semasa Perang Dunia II meriam serbuan lebih mudah alih daripada kereta kebal dan boleh digunakan sebagai tembakan artileri langsung dan tidak langsung.[4] Walaupun ia boleh menghampiri kuasa tembakan kereta kebal, meriam serbuan kebanyakannya menembak peluru letupan berkuasa tinggi pada velositi rendah, yang amat sesuai untuk peranan mereka menghancurkan tempat kuat seperti lokasi perkubuan dan bangunan.[4] Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kereta kebal atau pemusnah kereta kebal yang berdedikasi.[4] Walaubagaimanapun, sewaktu konflik berlangsung, percambahan kereta kebal meningkat di medan perang memaksa banyak unit-unit meriam serbuan untuk bertempur bagi pihak infantri, dan menyebabkan tentera darat menjadi lebih bergantung pada reka bentuk serbaguna yang mengabungkan peranan tradisional yang berasingan meriam serbuan dan pemusnah kereta kebal.[5]
Meriam serbuan Jerman dan Soviet yang diperkenalkan semasa Perang Dunia II biasanya membawa senjata utama mereka didalam perumah kubu kekubah (casemate) dan bukannya jenis turet meriam.[6] Walaupun ini membataskan jarak tembakan dan keluasan persenjataan, ia juga mempunyai kelebihan mengurangkan bayangan dan mempermudah proses pembuatan.[6] Pihak Amerika tidak pernah membangunkan meriam serbuan buatan khas semasa perang, namun ia membuat pengubahsuaian kenderaan tempur berperisai asal untuk tugas itu, termasuklah kereta kebal M4 Sherman dan M5 Stuart dan pengangkut anggota berperisai separa trek M3.[7]
Konsep meriam serbuan sebahagian besarnya ditinggalkan semasa era pasca perang yang lebih memihak kepada kereta kebal atau pemusnah kereta kebal serbaguna diserapkan ke formasi infantri yang juga mampu menyediakan bantuan tembakan terus sebagaimana yang diperlukan. Di Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Barat, meriam serbuan itu tidak lagi diiktiraf sebagai jenis unik, dengan contoh-contoh individu diklasifikasikan samada sebagai howitzer gerak sendiri atau kereta kebal.[8] Pihak Soviet meneruskan pembiayaan pembangunan meriam serbuan baru sehingga tahun 1967, walaupun beberapa reka bentuk pasca perangnya telah diterima pakai dalam jumlah yang besar.[9] Di negara Soviet dan lain-lain tentera Eropah Timur, meriam serbuan tradisional telah digantikan sepenuhnya oleh pemusnah kereta kebal seperti SU-100 yang mampu menyokong samada infantri atau armor.[8]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Bull, Stephen. Encyclopedia of Military Technology and Innovation (ed. 2004). Greenwood Publishing Group. m/s. 229. ISBN 978-1573565578.
- ^ Bradford, James. International Encyclopedia of Military History (ed. 2006). Routledge Books. m/s. 123–124. ISBN 978-0415936613.
- ^ a b Blennemann, Dirk (2003). Hitler's Army: The Evolution And Structure Of German Forces 1933-1945. Boston: Da Capo Press. m/s. 66–63. ISBN 978-0306812606.
- ^ a b c d Gudmundsson, Bruce (2004). On Armor. Westport, Connecticut: Prager Books. m/s. 114–126. ISBN 978-0812216202.
- ^ Tucker-Jones, Anthony (2016). German Assault Guns and Tank Destroyers 1940 - 1945: Rare Photographs from Wartime Archives. Barnsley, South Yorkshire: Pen & Sword Books, Ltd. m/s. 114. ISBN 978-1473845992.
- ^ a b Levine, Mark (2000). D-Day to Berlin: The Northwest Europe Campaign, 1944-45. Mechanicsburg: Stackpole Books. m/s. 21–22. ISBN 978-0811733861.
- ^ Gabel, Christopher; Estes, Kenneth (August 1999). Hoffman, George; Starry, Donn (penyunting). Camp Colt to Desert Storm: The History of U.S. Armored Forces. Lexington, Kentucky: University Press of Kentucky. m/s. 149–156, 479–481. ISBN 978-0813121307.
- ^ a b Underhill, Garrett (November–December 1972). "The Story Of Soviet Armor: Assault Guns And Self-Propelled Artillery". Armor magazine. Fort Knox, Kentucky: US Army Armor Center: 28–38.
- ^ Warford, James (July–September 2016). "Armored Vehicle Development Behind The Curtain: The Secret Life Of The Soviet SU-122-54 Assault Gun". Armor magazine. Fort Knox, Kentucky: US Army Armor Center: 12–14.