Meranti kepung

spesies tumbuhan

Meranti kepung,[3] dengan nama saintifik Rubroshorea ovalis (sin. Shorea ovalis), ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Dipterocarpaceae. Ia tempatan di Borneo, Semenanjung dan Sumatera.

Meranti kepung
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Rubroshorea
Spesies:
R. ovalis
Nama binomial
Rubroshorea ovalis
(Korth.) P.S.Ashton & J.Heck.[2]
Sinonim[2]
  • Shorea ovalis (Korth.) Blume
  • Vatica ovalis Korth.
  • Hopea aspera de Vriese
  • Shorea eximia (Miq.) Scheff.
  • Shorea fusca Burck
  • Shorea rigida Brandis
  • Shorea sericea Dyer
  • Shorea sublacunosa Scheff.
  • Vatica eximia Miq.
  • Vatica sublacunosa Miq.

Ia turut dipanggil kepung seluang di Pahang dan seraya kepung di Sabah.[3]

Ciri fizikal

sunting

Meranti kepung tumbuh sehingga 45 meter (148 kaki) tingginya. Dahan-dahannya yang kecil dan halus pada bahagian atas pokok memberi tampilan yang kelihatan layu kepada pokok ini. Ciri-ciri fizikalnya yang lain seperti berikut:

  • Kulit kayu: berwarna hijau kekelabu-kelabuan dan mempunyai jalur-jalur yang dalam.
  • Daun: berbentuk bujur, dengan vena-vena di permukaan bawah daun mempunyai bulu-bulu yang lembut.
  • Buah: mempunyai lima sayap bak kertas. Setiap buah mempunyai sebiji biji bujur yang dilitupi oleh bulu.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Ashton, P. (1998). "Shorea ovalis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998: e.T33122A9759022. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T33122A9759022.en. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  2. ^ a b "Rubroshorea ovalis (Korth.) P.S.Ashton & J.Heck". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2023-07-20.
  3. ^ a b Rubroshorea ovalis. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/34047. [Didapat kembali 29 Julai 2023].


Pautan luar

sunting
  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.