Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Menara Taming Sari
Map
EtimologiKeris Taming Sari Sunting nilai ini di Wikidata
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di Melaka dari 2008 hingga 2014[I]
Didahului olehEmperor Hotel
Diatasi olehThe Shore Sky Tower Malacca
Maklumat umum
JenisMenara giro
LokasiBandaraya Melaka, Malaysia
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat2°11′27.0″N 102°14′49.6″E / 2.190833°N 102.247111°E / 2.190833; 102.247111Koordinat: 2°11′27.0″N 102°14′49.6″E / 2.190833°N 102.247111°E / 2.190833; 102.247111
Pembinaan bermulaOgos 2006
Disiapkan padaMac 2008
Dibuka pada18 April 2008
Dirasmikan pada17 Mei 2008
PembiayaanRM2 juta
PemilikMelaka Taming Sari Berhad
(anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad, anak syarikat kepada Malacca Chief Minister Incorporated)[1][2]
Maklumat ketinggian
Menara antena110 m (360 ka)
Bumbung100 m (330 ka)
Anjung pemerhatian80 m (260 ka)
Butiran teknikal
Sistem penstrukturanKonkrit
Bilangan tingkat24
Tapak web
http://menaratamingsari.com/ Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Menara Taming Sari". Kumpulan Melaka Berhad. Dicapai pada 30 April 2023.
  2. ^ "Anak Syarikat". CMI Melaka. Dicapai pada 30 April 2023.

Bibliografi

sunting
  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922.