Mempening

genus tumbuhan

Pokok Mempening merupakan sejenis genus tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lithocarpus[1][2], Quercus, dan Trigonobalanus [3].

Pokok Mempening
Lithocarpus edulis, Jepun
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Lithocarpus /
Quercus /
Trigonobalanus spp.

Spesies

Lihat teks.

Lithocarpus sp.
Lithocarpus sp.

Pokok Mempening merupakan darimana buah manjakani dituai. Buah manjakani merupakan hasil dari tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (Cynips gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering. Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Pokok manjakani boleh ditemui di hutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok Mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang, licin, berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo, Syria.

Data adalah berdasarkan nilai purata yang lebih rendah daripada ujian yang dijalankan antara Q. argentata dan Q. lamponga.[4]
Sifat (MPa) Hijau Kering udara
Modulus kepecahan 83 115
Modulus keanjalan 16900 19400
Kekuatan menghancur maksimum 45.9 61.7


Spesies

sunting
  • Lithocarpus burkillii
  • Lithocarpus cleistocarpus
  • Lithocarpus crassinervius
  • Lithocarpus curtisii
  • Lithocarpus densiflorus
  • Lithocarpus dodonaeifolius
  • Lithocarpus edulis
  • Lithocarpus erythrocarpus
  • Lithocarpus formosanus
  • Lithocarpus glaber
  • Lithocarpus hancei
  • Lithocarpus hendersonianus
  • Lithocarpus henryi
  • Lithocarpus indutus
  • Lithocarpus kingianus
  • Lithocarpus kingii
  • Lithocarpus kostermansii
  • Lithocarpus kunstleri
  • Lithocarpus maingayi
  • Lithocarpus neorobinsonii
  • Lithocarpus ovalis
  • Lithocarpus pachyphyllus
  • Lithocarpus platycarpus

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Plantation Timber: FSC Certification Report Sabah Softwoods Berhad
  2. ^ P. Köhler (2001), Tree species list of Sabah (PDF), University of Kassel - Center for Environmental Systems Research, m/s. 4, dicapai pada 7 Oktober 2011
  3. ^ Tree flora of Malaya: a manual for foresters, Volume 1, Pusat Penyelidekan Hutan (Malaysia), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
  4. ^ K. T. Choo; S. C. Lim; K. S. Gan. Timber Notes - Medium Hardwoods III (Mata Ulat, Mempening, Mengkulang, Meransi, Merawan) (PDF). Timber Technology Bulletin (Laporan teknikal). Kuala Lumpur: Timber Technology Centre. m/s. 2. ISSN 139-258 Check |issn= value (bantuan). Dicapai pada 12 December 2012. More than one of |institution= dan |publisher= specified (bantuan)

Pautan luar

sunting