Memori Seorang Jeneral
Memori Seorang Jeneral merupakan sebuah biografi Jeneral Tan Sri Dato' Seri Dr. Mohd Ghazali Che Mat yang dihasilkan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh dan juga Prof. Madya Dr. Jessica Ong. Buku ini diterbitkan pada tahun 2017 oleh Penerbit UPNM.
Umum | |
---|---|
Pengarang | Jeneral Tan Sri Dato' Seri Dr. Mohd Ghazali Che Mat, Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh, Prof. Madya Dr. Jessica Ong |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Genre | Biografi |
Penerbitan | |
Penerbit | Penerbit UPNM |
Tarikh penerbitan | 2017 |
Jenis media | 161 ms |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789675985515 |
Sinopsis
suntingBuku ini merupakan autobiografi yang menceritakan kisah suka dan duka bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Dr. Mohd Ghazali Che Mat sejak zaman kanak-kanak sehinggalah beliau bersara dari dunia ketenteraan.
Dua peristiwa pada Zaman Perang Dua Kedua telah mendorong anak muda yang berasal dari Lenggong, Perak ini untuk menyertai Angkatan Tentera. Pertama, patriotisme yang diterap semasa di bawah pemerintahan Jepun dan kedua, keganasan tentera Bintang Tiga MPAJA yang mengakibatkan beberapa orang yang terdekat dengan keluarganya terkorban. Ketika Zaman Darurat 1, beberapa operasi membanteras pengganas komunis yang beliau pimpin telah membuahkan hasil yang mampu menarik perhatian pucuk pimpinan Angkatan Tentera yang masih di bawah pentadbiran Inggeris sehingga membawa kepada penganugerahan pingat yang amat berprestij, 'Panglima Gagah Berani' kepada beliau seawal 31 Ogos 1957.
Perjalanan hidup yang dikisahkan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Seri (Dr) Mohd Ghazali Haji Che Mat (Bersara) PGB melalui[buku ini pastinya mampu mencuit minda dan merangsang pembaca khususnya generasi muda untuk memberi khidmat penuh jujur, dedikasi dan setia kepada tanah air yang tercinta ini, terutama dalam Angkatan Tentera Malaysia.