Mayfair
Mayfair adalah sebuah kawasan pusat London, England, dalam City of Westminster.
| ||
| ||
|
Koordinat: 51°30′32″N 0°08′51″W / 51.508755°N 0.14743°W
Sejarah
suntingMayfair dinamakan sempena Pesta bulan May (May Fair) berlarutan selama dua minggu setiap tahun yang berlangsung di tapak tersebut iaitu kini Shepherd Market (dari 1686 hingga ia dilarangkan dari lokasi itu pada 1764). Hingga 1686, May Fair telah dijalankan di Haymarket, dan selepas 1764, ia berpindah ke Fair Field di Bow oleh kerana penghuni yang kaya di kawasan itu merasakan pesta itu 'merendahkan persekitaran' kawasan kejiranan[1].
Mayfair lebih kurang bersempadan dengan Taman Hyde di barat, Oxford Street di utara, Piccadilly dan Taman Green di selatan dan Regent Street di timur. Kebanyakan kawasan ini pertama dibangunkan di antara pertengahan kurun ke-17 dan pertengahan kurun ke-18 sebagai daerah tempat kediaman bergaya, dimiliki oleh sebilangan tuan tanah, yang terpenting dari mereka adalah keluarga Grosvenor. Keluarga Rothschild membeli kawasan-kawasan besar Mayfair pada kurun ke-19. freehold dari bahagian besar Mayfair juga milik Crown Estate.
Daerah ini kini kebanyakannya daerah perdagangan, dengan banyak pejabat dalam rumah-rumah yang ditukarkan dan bangunan baru, termasuk ibu pejabat korporat utama, suatu kepadatan hedge fund, dan bisnes real estate. Penyewaan adalah di kalangan yang tertinggi di London dan di dunia. Ia merupakan sejumlah besar harta milik tempat kediaman dan juga beli-belah eksklusif dan kepadatan terbesar London terdiri dari hotel mewah dan dan banyak restoran. Bangunan di Mayfair termasuk kedutaan Amerika Syarikat di Dataran Grosvenor, Royal Academy of Arts, Muzium Rumah Handel, Hotel Grosvenor House, Claridge's dan The Dorchester.
Pengenalan dan prestij Mayfair telah meningkat pada minda umum oleh kerana gelarannya sebagai harta milik yang termahal dalam set Monopoly British.
Pendidikan
suntingThe City menjalankan Mayfair Library, sebagai sebuah perpustakaan tempatan.[2]
Jalan dan dataran
sunting- Albemarle Street
- Berkeley Square
- Berkeley Street
- Bond Street
- Brook Street
- Kebun Brown Hart
- Dataran Bryanston
- Cork Street
- Curzon Street
- Dover Street
- Grosvenor Square
- Half Moon Street
- Dataran Hanover
- Harrowby Street
- Hill Street
- Hyde Park Corner — persimpangan jalan di sudut tenggara
- Marble Arch — persimpangan jalan/plaza di sudut barat daya
- Old Park Lane
- Oxford Street — sempadan utara
- Park Lane — sempadan barat
- Piccadilly — sempadan selatan
- Piccadilly Circus — persimpangan jalan/plaza di sudut tenggara Mayfair
- Regent Street — sempadan timur
- South Molton Street
- Savile Row
- Shepherd Market
- South Audley Street
Pengangkutan dan lokasi di sekitarnya
suntingLokasi pada konteks
suntingStesen tiub berhampiran
suntingStesen London Underground berhampiran adalah Bond Street, Green Park, Hyde Park Corner, Marble Arch dan Oxford Circus.
- Bekas stesen tiub Down Street berada dalam kawasan itu, tetapi tidak lagi digunakan
Stesen keretapi terdekat
suntingMuzium
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-18. Dicapai pada 2010-02-27.
- ^ "Mayfair Library Diarkibkan 2012-08-05 di archive.today." City of Westminster. Retrieved on 21 January 2009.
Pautan luar
suntingWikikembara memiliki panduan pelancongan bagi London/Mayfair. |