Maybank Kim Eng
Maybank Kim Eng ialah anak syarikat milik penuh Maybank,[2] dengan operasi di 11 pasaran - Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Vietnam, Arab Saudi, Great Britain dan Amerika Syarikat.
Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
---|---|
Industri | Perkhidmatan kewangan |
Ditubuhkan | 1972 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Ami Morris (CEO)[1] |
Tapak web | www.maybank-ke.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Beribu pejabat di Malaysia, Maybank Kim Eng menyediakan perkhidmatan dalam kewangan korporat, pasaran hutang, pasaran modal ekuiti, derivatif, pembrokeran dan penyelidikan sekuriti runcit dan institusi.
Maybank Kim Eng dikenali sebagai Maybank Investment Bank di Malaysia, Kim Eng Securities di Hong Kong dan India, Maybank ATR Kim Eng di Filipina dan Maybank Kim Eng di Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Great Britain dan Amerika Syarikat.