Mata majmuk merupakan organ penglihatan yang terdapat pada haiwan-haiwan artropod seperti serangga dan krustasea. Ia boleh terdiri daripada ribuan butir omatidium [id],[1] iaitu unit-unit fotoresepsi (penerimaan cahaya) halus berasingan yang terdiri daripada kornea, kanta, dan sel-sel fotoreseptor [en] yang membezakan kecerahan dan warna. Imej yang dicerap oleh mata artropod [en] ini adalah kombinasi input-input dari berbilang omatidium yang dihalakan ke arah-arah yang sedikit berbeza dengan satu sama lain. Mata majmuk mempunyai peleraian imej yang rendah jika dibandingkan dengan mata satu bukaan, tetapi memiliki sudut pandangan yang amat luas serta keupayaan mengesan pergerakan pantas dan mungkin juga pengutuban [en] cahaya.[2] Oleh sebab mata majmuk terdiri daripada himpunan ribuan omatidium yang setiap satunya mempunyai kanta sendiri, maka cahaya tidak akan memasuki salur kemasukan tunggal, tetapi sebaliknya akan memasuki satu demi satu omatidium. Kemudian, penerima cahaya individu di sebalik setiap kanta terbuka tutup disebabkan keamatan cahaya yang berubah-ubah ketika pergerakan atau apabila objek bergerak, menyebabkan kesan liukan yang dikenali sebagai 'kekerapan liukan', iaitu kadar tutup buka omatidium, dan ini memudahkan tindak balas lebih cepat terhadap pergerakan; misalnya, lebah madu bertindak dalam 0.01s berbanding dengan 0.05s untuk manusia.[3]

Mata majmuk udang kril Antartik [id] digambarkan melalui mikroskop elektron.

Jenis-jenis

sunting
 
Mata majmuk pada kepala lalat mentadak.
 
Lukisan mata majmuk lalat dron [en] dari Micrographia [en] oleh Robert Hooke.

Mata majmuk lazimnya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu mata aposisi yang membentuk berbilang imej songsang, dan mata superposisi (pertindihan) hyang membentuk satu imej tegak yang tunggal.[4]

Mata aposisi

sunting

Mata aposisi boleh terpecah lagi kepada dua jenis. Mata aposisi yang tipikal mempunyai kanta yang menumpukan cahaya dari satu arah ke dalam rhabdom [id] (salur penerimaan cahaya), sementara cahaya dari arah-arah lain diserap oleh dinding gelap omatidium. Udang sentadu adalah contoh paling luhur bagi haiwan dengan mata jenis ini. Pada jenis mata aposisi yang satu lagi, iaitu yang terdapat pada serangga order Strepsiptera, setiap kanta membentuk satu imej, kemudian imej-imej itu semua digabungkan dalam otak.[5] Ini dipanggil mata majmuk skizokroal atau mata superposisi neural (walaupun namanya pertindihan namun ia tetap jenis aposisi).

Mata superposisi

sunting

Mata superposisi atau pertindihan terbahagi lagi kepada tiga jenis, iaitu pembias, pemantul, dan parabola. Mata superposisi pembias mempunyai sela di antara kanta dan rabdom dan tiada dinding sisi. Setiap kanta menerima cahaya pada suatu sudut dari paksinya lalu memantulkan cahaya itu pada sudut yang sama di sebelah bertentangan. Hasilnya ialah imej pada separuh jejari mata, iaitu di mana letaknya hujung-hujung rabdom. Jenis ini rata-rata digunakan oleh serangga nokturnal (aktif malam). Pada mata superposisi parabola yang terdapat pada artropod seperti mayfly, permukaan parabola di bahagian dalam setiap faset menumpukan cahaya dari pemantul ke susunan sensor. Mata superposisi pemantul yang juga mempunyai sela lutsinar tetapi menggunakan pemantul sudut [en] sebagai ganti kanta, hanya terdapat krustasea dekapod berbadan panjang seperti rumpun udang.

Lain-lain

sunting
 
Mata majmuk tebuan.

Serangga yang cekap terbang seperti lalat atau lebah madu, ataupun serangga yang menangkap mangsa seperti mentadak atau pepatung, mempunyai zon-zon omatidium [id] khusus yang teratur dalam bahagian fovea (cekungan) yang memberikan penglihatan tajam. Dalam zon tajam ini, matanya rata dan faset-fasetnya lebih besar. Kerataan ini membolehkan lebih banyak omatidium menerima cahaya dari satu titik tumpuan dan oleh itu memperoleh leraian lebih tinggi.

 
Mata majmuk lipan rumah [en].

Terdapat beberapa pengecualian daripada jenis-jenis yang disebut di atas. Sesetengah serangga mempunyai "mata majmuk kanta tunggal", iaitu jenis peralihan antara jenis superposisi berbilang kanta dan mata kanta tunggal yang terdapat pada haiwan bermata ringkas. Pada spesies udang Dioptromysis paucispinosa terdapat mata jenis superposisi pembias, tetapi di belakang setiap mata terdapat satu faset besar tunggal yang diameternya tiga kali ganda faset-faset lain dalam mata, dan di belakangnya pula adalah kon berhablur diperbesar yang memancarkan imej tegak pada retina terkhusus. Oleh itu, matanya adalah campuran mata ringkas dan mata majmuk.

Satu lagi versi ialah mata 'faset palsu' yang terdapat pada genus lipan Scutigera. Mata jenis ini terdiri daripada gugusan berbilang oselus di kedua-dua belah kepala yang tersusun seolah-olah mata majmuk sebenar.

Sesetengah haiwan mempunyai mata majmuk asimetri yang terjadi daripada asimetri dalam kelakuan haiwan berkenaan. Misalnya, pada semut Temnothorax albipennis terdapat kecenderungan seluruh populasi untuk membelok kiri apabila meninjau tapak sarang yang baharu. Ini mungkin kerana persekitaran semut ini seakan-akan pagar sesat dan oleh itu sentiasa membelok ke satu arah sahaja adalah cara baik untuk melalui dan keluar dari pagar sesat tanpa sesat jalan.[6] Kecenderungan membelok kiri ini berhubung kait dengan asimetri yang sedikit pada mata majmuk semut (bilangan omatidium kanan dan kiri berbeza).[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Senses. Insect eyes". Insects and Spiders of the World. Volume 8: Scorpion fly - Stinkbug. New York: Marshall Cavendish. 2003. m/s. 459. ISBN 978-0761473428.
  2. ^ Völkel, R.; Eisner, M.; Weible, K.J. (June 2003). "Miniaturized imaging systems" (PDF). Microelectronic Engineering. 67–68 (8): 461–472. doi:10.1016/S0167-9317(03)00102-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-01.
  3. ^ Biologically Inspired Computer Vision: Fundamentals and Applications
  4. ^ Gaten, Edward (1998). "Optics and phylogeny: is there an insight? The evolution of superposition eyes in the Decapoda (Crustacea)". Contributions to Zoology. 67 (4): 223–236. doi:10.1163/18759866-06704001.
  5. ^ Buschbeck, Elke K. (1 July 2005). "The compound lens eye of Strepsiptera: morphological development of larvae and pupae". Arthropod Structure & Development (dalam bahasa Inggeris). 34 (3): 315–326. doi:10.1016/j.asd.2005.04.002. ISSN 1467-8039. Dicapai pada 3 July 2022.
  6. ^ Hunt ER, dll. (2014). "Ants show a leftward turning bias when exploring unknown nest sites". Biology Letters. 10 (12): 20140945. doi:10.1098/rsbl.2014.0945. PMC 4298197. PMID 25540159.
  7. ^ Hunt ER, dll. (11 April 2018). "Asymmetric ommatidia count and behavioural lateralization in the ant Temnothorax albipennis". Scientific Reports. 8 (1): 5825. Bibcode:2018NatSR...8.5825H. doi:10.1038/s41598-018-23652-4. PMC 5895843. PMID 29643429.

Pautan luar

sunting

Templat:Vision in animals