MasterChef merupakan sebuah rancangan realitii Amerika Syarikat yang bertemakan pertandingan memasak yang terbuka kepada tukang masak amatur dan dapur rumah. Rancangan ini dikemudikan dan diterbitkan bersama oleh Gordon Ramsay.[1] Diterbitkan oleh Shine America, ia mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 27 Julai 2010 di saluran Fox, sebaik selepas satu lagi siri Ramsay, Hell's Kitchen.[2]

MasterChef US
GenreMemasak
FormatPertandingan
PengacaraGordon Ramsay
Joe Bastianich
Graham Elliot
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim13
Bilangan episod267
Penerbitan
Tempoh siaran80 minit (termasuk iklan]]
Syarikat penerbitan
One Potato Two Potato
Reveille Productions (2010-2012)
Shine America (2012-)
Penyiaran
Saluran asalFox
Format gambar480i (SDTV)
720p (HDTV)
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal27 Julai 2010 (2010-07-27)
Pautan luar
Laman sesawang

Pada 7 September 2010, MasterChef diperbaharui bagi musim yang kedua.[3] Musim kedua bermula ditayangkan dengan dua malam berturut-turut pada 6 dan 7 Jun 2011 di Amerika Syarikat.

Pada 28 Mac 2012, diumumkan bahawa MasterChef akan kembali pada 29 Mei 2012 selepas rancangan Hell's Kitchen.[4] Walau bagaimanapun, diumumkan kemudian di laman web Fox bahawa kedua-dua rancangan tersebut akan memulakan siaran barunya pada 4 Jun 2012.[5]

Format

sunting

MasterChef berasaskan format Australia musim yang pertama, yang diterbitkan oleh FremantleMedia Australia, yang juga diadaptasi dari siri Masterchef BBC Britain. Chef, personaliti televisyen dan pemilik restoran Gordon Ramsay bersama pemilik restoran dan ladang anggur Joe Bastianich dan chef Graham Elliot menjadi juri bagi versi baru MasterChef ini. Bagi versi ini, terdapat sedikit perbezaan dengan versi Australia. Cabaran juga berubah dari musim ke musim.

Saringan

sunting

Dari semua chef amatur yang diuji bakat dari serata negara, hanya seratus sahaja yang dipilih untuk memasak hidangan istimewa untuk ketiga-tiga orang juri. Setiap juri akan merasa hidangan tersebut dan memberi pandangan sebelum mengundi "ya" atau "tidak". Sekurang-kurangnya dua "ya" untuk membolehkan seseorang menerima apron putih MasterChef yang membolehkan mereka mara.

Malam Cabaran

sunting

Peserta yang mara dari ujian saringan akan bertanding dalam dua jenis cabaran. Cabaran pertama, peserta perlu menyelesaikan beberapa tugasan, bergantung kepada perincian oleh chef, seperti memotong dan mencincang bawang secara dadu atau menghiri epal. Chef yang tidak tersingkir ketika menjalakan tugas bakal mara ke "ujian cipta". Tema akan diberikan kepada baki peserta, yang hanya memiliki tiga puluh minit untuk mencipta dan memasak hidangan yang bersesuaian dengan tema. Peserta boleh menggunakan apa sahaja bahan ramuan, asalkan hidangannya tidak menyalahi tema. Sebaik sahaja masakan disiapkan, mereka perlu menghidangkannya kepada juri untuk penilaian persembahan, rasa dan ketepatan terhadap tema yang diberi.

Cabaran Kotak Misteri

sunting

Dalam cabaran Kotak Misteri, peserta akan menerima sebilangan bahan masakan yang perlu digunakan untuk memasak apa sahaja yang mereka pilih. Peserta boleh menggunakan seberapa banyak bahan yang mereka mahu dan bebas untuk tidak menggunakan apa-apa sahaja ramuan. Sebaik sahaja hidangan disiapkan, juri akan memilih tiga hidaga untuk dirasa. Pemenang akan menerima kelebihan bagi cabaran penyingkiran yang akan datang.

Cabaran luar berpasukan

sunting

Cabaran luar berpasukan melibatkan peserta dibahagikan kepada dua pasukan, biru dan merah, yang memiliki bilangan ahli yang sama rata dan setiap pasukan akan menerika tugasan, contohnya, mengendalikan sebuah restoran atau menguruskan jamuan sebuah majlis perkahwinan. Selepas tugasan tamat, pasukan akan diberikan keputusan yang lazimnya ditentukan oleh undian pihak ketiga. Ahli dari pasukan yang kalah akan berentap bersama dalam cabaran penyingkiran.

Ujian tekanan

sunting

"Ujian tekanan" melibatkan peserta yang gagal dalam cabaran sebelumnya (sama ada tiga hidangan terburuk dalam cabaran individu atau sebagai pasukan yang kalah). Pesaing akan diberi sejenis hidangan yang mereka harus buat dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Sebaik sahaja siap memasak, hidangan yang dimasak peserta akan dibawa kepada juri untuk dikritik dan diundi sebelum penyingkiran seorang atau lebih peserta dilakukan.

Chef selebriti

sunting

Cabaran chef selebriti melibatkan seorang peserta yang telah memenangi satu-satu cabaran. Peserta akan bertanding dengan chef selebriti dalam satu sesi masakan. Chef selebriti akan memberikan satu resepi untuk peserta tiru dan hasilkan semula. Peserta akan dibenarkan untuk memulakan sesi memasak terlebih awal sebelum chef selebriti mula memasak dan selepas sesi tersebut tamat, kedua-dua hidangan akan dipersembahkan kepada juri untuk dirasa dan diberi markah daripada 10 markah secara keseluruhannya. Juri yang merasa hidangan tidak akan tahu dan diberitahu yang mana satu hidangan milik peserta mahupun chef selebriti sehinggalah sesi pengumuman markah. Jika peserta mendapat markah yang lebih tinggi daripada chef selebriti, mereka akan menerima pin imuniti untuk digunakan bagi mana-mana satu sesi penyingkiran untuk tidak terlibat dalam cabaran tersebut.

Musim Tarikh Mula Tayangan Tarikh Tamat Tayangan Bilangan peserta akhir Juara Naib Juara Juri
1 27 Julai 2010 15 September 2010 14 Whitney Miller David Miller Gordon Ramsay
Graham Elliot
Joe Bastianich
2 6 Jun 2011 16 Ogos 2011 18 Jennifer Behm Adrien Nieto
3 4 June 2012 10 September 2012 18 Christine Ha Josh Marks
4 22 Mei 2013 11 September 2013 19

Rujukan

sunting
  1. ^ (Inggeris)"Fox orders 'Idol'-style cooking competition starring Gordon Ramsay". Thr-Feed.com. 2010. Dicapai pada July 29, 2010.
  2. ^ (Inggeris)"Masterchef USA Teaser". TV Tonight.com. June 21, 2010. Dicapai pada June 21, 2010.
  3. ^ "Renewed: MasterChef USA". TV Tonight.com. September 8, 2010. Dicapai pada September 8, 2010.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2012-06-13.
  5. ^ http://www.fox.com/masterchef/

Pautan luar

sunting