Masss
Mass adalah filem seram ngeri-supernatural Bahasa Tamil yang akan diarahkan oleh Venkat Prabhu.[1] Filem ini dikeluarkan dengan judul Massu Engira Masilamani((Bahasa Melayu : Masilamani yang bernama Massu) di Tamil Nadu dan Europe.Surya memainkan peranan utama bersama Nayantara dan Pranitha . Runut bunyi bagi filem ini diarah oleh Yuvan Shankar Raja dan sinematografi dikendalikan oleh RD Rajasekhar. Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada Musim panas 2015(29 May 2015). Di Malaysia, filem ini berjaya mengutip MYR 5,470,489 dan sekali gus menjadikannya filem keempat tertinggi kutipan pecah panggung bagi filem tamil di malaysia bagi tahun 2015 , di belakang I ,Vedhalam dan Kanchana 2[2].
Masss | |
---|---|
Pengarah | Venkat Prabhu |
Lakon layar | Venkat Prabhu Madhan Karky |
Cerita oleh | Venkat Prabhu |
Dihasilkan oleh | K. R. Gnanavelraja Surya |
Dibintangi | Suriya Nayantara Pranitha Subash Premgi Amaren R.Parthiban Samuthirakani |
Sinematografi | R. D. Rajasekhar |
Disunting oleh | Praveen K. L. |
Muzik oleh | Yuvan Shankar Raja |
Syarikat penerbitan | Studio Green 2D Productions |
Diedarkan oleh | Eros International |
Masa tayangan | 162 minit |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Plot
suntingSelepas kemalangan yang mengancam nyawa, seorang lelaki mendapati bahawa dia boleh berkomunikasi dengan yang mati, dan perlu memutuskan sama ada untuk bertindak atas nasihat mereka
Pelakon
sunting- Surya sebagai Masilamani (Masss) dan Shakthi
- Nayantara sebagai Manini
- Pranitha sebagai Anuradha
- Premgi Amaren sebagai Jetli
- R.Parthiban sebagai Vikram Lakshman
- Samuthirakani sebagai Radha Krishnan (RK)
- Karunas sebagai Azhagu (Hantu)
- Sriman sebagai Sripathy (Hantu)
- Daniel Annie Pope sebagai Hantu
- Riyaz Khan sebagai Kamal Ekambaram
- Rajendran sebagai Hantu
- Sharath Lohitashwa sebagai Anthony
- Stunt Silva sebagai Prince
- Prinz sebagai Mahesh
Produksi
suntingPerkembangan
suntingPada awal Disember 2013, Sify melaporkan bahawa filem seterusnya Venkat Prabhu selepas Biriyani (2013) akan menampilkan Surya sebagai pelakon utama. Tiga hari kemudian projek ini telah disahkan oleh Pengarah. Selepas itu, penulis lirik Madhan Karky telah ditandatangani untuk menulis dialog untuk filem ini.Seperti filem Venkat Prabhu sebelum ini, komposer Yuvan Shankar Raja dan editor Praveen KL ditarik untuk menyertai filem ini. Filem ini telah disebut-sebut untuk menjadi filem Tamil yang pertama yang dihasilkan dalam format 3D, tetapi Venkat Prabhu kemudian memaklumkan bahawa ia adalah tidak benar.Filem ini dikhabarkan akan diberi tajuk sebagai Poochandi, Walau bagaimanapun Venkat Prabhu mengumumkan pada 5 Julai 2014 melalui Twitter dan Facebook bahawa ia telah berjudul Masss. Filem ini dikeluarkan dengan judul Massu Engira Masilamani di Tamil Nadu dan Europe.
Pemilihan Pelakon
suntingLaporan pada Januari 2014 menunjukkan bahawa Suriya akan memainkan dwi watak. Tambahan pula, beliau dikatakan diberi dua penampilan yang berbeza dengan satu watak mempunyai rambut yang panjang. Selepas menamatkan filem itu, Suriya menyatakan bahawa dia telah memainkan dua watak, Masilamani, seorang kaki tipu, dan Shakti.Nayantara telah dimeterai untuk memainkan watak perempuan utama bersama-sama Amy Jackson. Amy Jackson kemudian diganti dengan Pranitha.
Penggambaran
suntingPenggambaran filem ini dijalankan di bandar raya Chennai, Ooty, Kullu dan Manali. Sebuah lagu difilemkan di Bulgaria
Runut bunyi
suntingMasss | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh | ||||
Dilancarkan pada | 8 May 2015 | |||
Tempat | India | |||
Genre | Runut Bunyi | |||
Panjang | 29:06 | |||
Bahasa | Tamil | |||
Syarikat | Eros Music | |||
Pengedar | Eros International (en) | |||
Pengarah | Venkat Prabhu | |||
Penerbit | Yuvan Shankar Raja | |||
Kronologi Yuvan Shankar Raja | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Sepupu Venkat Prabhu,Yuvan Shankar Raja mengubah lagu dan skor musik bagi filem ini
No. | Tajuk | Seni kata | Singer(s) | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Therikkudhu Masss" | Madhan Karky | Shankar Mahadevan, Ranjith, Yuvan Shankar Raja | 4:43 | ||||||
2. | "Naan Aval Illai" | Madhan Karky | Karthik, Chinmayi Sripaada | 4:36 | ||||||
3. | "Poochandi" | Gangai Amaran | Yuvan Shankar Raja, Pooja | 4:55 | ||||||
4. | "Con Man Theme" | — | Instrumentasi | 2:23 | ||||||
5. | "Piravi" | Madhan Karky | Vaikom Vijayalakshmi | 4:36 | ||||||
6. | "Masss Theme" | — | Instrumentasi | 2:02 | ||||||
7. | "Therikkudhu Masss (Gasa Gasa Mix)" (Remixed by Premgi Amaren) | Madhan Karky | Shankar Mahadevan, Ranjith, Yuvan Shankar Raja, Premgi Amaren | 5:51 | ||||||
Jumlah masa: 29:06 |
Tayangan
suntingHak pengedaran seluruh dunia Masss telah dijual kepada Eros International.Di Malaysia, filem ini diedarkan oleh Lotus Five Star AV.
Penerimaan Kritikal
suntingSumber | Penarafan |
---|---|
Behinwood | |
International Business Times | |
Oneindia | |
Indiaglitz | |
The Times of India | |
Rediff | |
The Economic Times |
Kutipan
suntingFilem ini telah mengaut kira-kira US$9.5 million selepas sebulan tayangan. Di Malaysia filem ini berjaya mengutip $USD 1,462,385 dan berada di tempat keempat bagi filem tamil dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2015.