Masjid Zahir

masjid negeri di Kedah

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid Zahir
مسجد زاهر
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni
Dibuka pada15 Oktober 1915
StatusBeroperasi
Tempoh pembinaan1912-1915
Maklumat pentadbiran
Imam- (Imam Besar)
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahKota Setar
LokasiJalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah
Maklumat pembinaan
Bil. kubah4
Bil. tingkat-
Bil. menara-
Bahan binaanKonkrit
Laman sesawang
https://jheaik.kedah.gov.my/masjid-zahir

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821).

Seramai 1019 orang mati syahid di Kuala Kedah semasa Siam melanggar Kedah pada tahun 1821 termasuklah juga syuhada yang mempertahankan Balai Besar yang berjumlah seramai 470 orang kesemuanya.

Keseluruhannya yang mati adalah sebanyak 1,489 orang syuhada kebumikan di tapak masjid Zahir ini.

Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Ia dibina di atas Tapak Masjid Lama (Masjid Kayu) yang ketika itu boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam pada satu-satu masa dengan berbumbungkan atap nipah.

Menurut sejarah apabila telah masuk waktu solat fardhu maka Jam Besar akan berbunyi dengan dulu alunan irama Nobat dan kemudiannya barulah azan akan dilaungkan di Masjid Zahir dan tradisi ini berjalan sehingga beberapa lama kemudian.

Binaan bangunan

sunting
 

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar.

Rujukan

sunting

Masjid Zahir Alor Setar Fakta Dan Sejarah

Pautan luar

sunting


Koordinat: 6°07′13″N 100°21′54″E / 6.12028°N 100.36500°E / 6.12028; 100.36500