Masjid Umbai
Masjid Umbai merupakan sebuah masjid yang terletak di Km 14, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.[1]
Masjid Umbai | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Hj Aron Bin Mamat 2017 (Imam Besar) En Zaidi Bin Haron 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-JSN-00115 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Daerah | Jasin, Melaka |
Lokasi | Masjid Umbai, Km 14, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid Umbai | |
sunting |
Alamat
suntingSejarah
suntingMasjid Jamek Umbai ini telah dibina pada tahun 1852 secara gotong-royong oleh penduduk kariah di atas tanah lot 1205 yang diwakafkan oleh Tuan Hj. Hamid Bin Jais.
Masjid ini mempunyai 6 tiang, 2 tiang konkrit batu dan 4 tiang dibuat dari kayu berlian. Tiang kayu berlian ini diukir oleh beberapa orang pengukir mahir. Kubah masjid pula diperbuat dari batu karang selat Melaka.
Tembok masjid ini dibina dari konkrit batu dan tanah liat setebal kira-kira 18 inci. Pintu dan tingkapnya dibuat daripada kayu berlian. Keluasan asal masjid ini ialah 30 kaki x 28 kaki dan beranda berukuran 8 kaki. Masjid ini boleh menampung ahli kariah lebih daripada 200 jemaah dalam satu masa.
Mihrabnya diperbuat dari kayu berlian dan diukir oleh beberapa orang pengukir kayu yang cukup mahir. Pada tahun 1936, Masjid Jamek Kampung Umbai ini telah berpecah kariah kepada masjid Bukit Tembakau. Masjid ini mengalami beberapa perubahan dan diubahsuaikan pada tahun 1977 bagi menampung jemaah yang kian bertambah.. Pada tahun 1990, mengikut keperluan semasa, sekali lagi Masjid Jamek Kampung Umbai berpecah kariah dengan terbinanya masjid Kg. Seri Minyak. Dan pada tahun 1999 Masjid Jamek Kampung Umbai sekali lagi berpecah kariah iaitu terbinanya Masjid Kampung Berangan Enam.
Disini juga terdapat makam tinggalan sejarah iaitu Makam Sultan Ali.
Pentadbiran
suntingMasjid Umbai merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Jasin, Melaka.
Ia diwartakan pada tarikh 6 Mei 2004. Masjid Umbai memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-JSN-00115.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Masjid Warisan Diarkibkan 2018-08-21 di Wayback Machine
- Masjid Warisan Diarkibkan 2018-08-21 di Wayback Machine
Lihat lokasi & kedudukan Masjid Jamek Kampung Umbai Google Maps