Masjid Sulṭan di Muscaṭ Street merupakan Masjid Singapura terletak di Kampung Gelam. Namun demikian, masjid ini seumpama Masjid Negara merupakan masjid yang terutama di Singapura.

Masjid Sultan
مسجد سلطان
Masjid Sultan, 2015 Map
Masjid Sultan yang terletak di Singapore
Masjid Sultan
Kedudukan di Singapura
Info asas
Lokasi3 Muscat Street
Singapore 198833
Koordinat geografi1°18′08″N 103°51′32″E / 1.3022°N 103.8590°E / 1.3022; 103.8590Koordinat: 1°18′08″N 103°51′32″E / 1.3022°N 103.8590°E / 1.3022; 103.8590
AgamaIslam
Cabang/MazhabSunni
NegaraSingapura
Laman websultanmosque.sg
Penerangan seni bina
ArkitekDenis Santry
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaIndo-Saracenik
Pecah tanah pada1924
Disiapkan pada1932
Kos pembinaanS$200,000
Kapasiti5,000
Ditetapkan sebagai NHL:
Ditetapkan8 March 1975

Sejarah

sunting

Apabila Singapura diserah kepada penjajah British pada 1819, pemerintah Temenggong Abdul Raḥman serta Tunku Ḥusin Shah dari Johor, diberi pampasan wang dari British. Mereka turut diberi wang pajakan serta wang pampasan tanah untuk mentadbir/menjajah semayam mereka yang terletak dalam Kampung Gelam.

Sekeliling kawasan Kampung Gelam diutamakan oleh Yahudi British untuk orang Melayu serta juga orang yang beragama Islam. Sepanjang ini, Tunku Ḥusin membina istana beliau dan telah menetap keluarga serta kerabat daripada Kota Tanjung Pinang, Pulau Penyegat. Kerabat Tunku dan Temenggong, yang kebanyakkan berasal dari Kepulauan Riau, Melaka dan Sumatera, turut dibawa untuk menetap di kawasan tersebut.

Tunku Husin mengkehendaki hasrat membina masjid yang seṭaraf dengan kedudukan. Beliau membina sebuah masjid berdekatan tempat persemayaman dari tahun 1824 ke 1826 juga wang disumbang dari Syarikat Hindia Timur Inggeris. Masjid ini mulanya berupa seperti masjid biasa di Nusantara yang berbumbung piramid lapis tiga yang merupa senibina umum pada ketika itu.

Masjid ini mula diselenggara cucu Tunku, iaitu Alauddin Shah hingga 1879. Pada 1914, kerajaan penjajah melebarkan penetapan sewa pada tanah dirinya masjid yang mulia ini pada tahun 1899. Sebuah pengurusan lembaga amanah ditubuh untuk menjaga penyelenggaraan masjid.

Temasik atau Singapura pada 1900-an mula menjadi pusat perniagaan Islam serta menarik pedagang untuk bermukim di sekitar Kampung Gelam. Disebab masjid sedia ada tidak mampu menaungi jumlah umat Islam yang makin meningkat serta menjadi usang, pengurusan pemegang amanah Masjid Sulṭan berkeputusan untuk membangun sebuah bangunan masjid yang lebih besar pada 1924.

Jurubina Denis Santry dari firma Swan and Mac Laren yang dipilih pada rangka, dalam rencana pembinaan, mencontohi lapangan dari masjid di benua India dan tanah Arab yang menggabung ciri menara dan birai. Penyiapan masjid mengambil empat tahun,siap dibina tahun 1928.

Gambaran Bentuk Masjid Sulṭan tidak berubah sejak dibina semula pada 1924, tetapi hanya kerja pembaik pulihan dilakukan pada ruangan utama sembahyang pada 1960an serta penambahan sebuah bangunan baharu dalam 1993. Masjid ini diisytiharkan oleh Pemerintah Singapura, sebagai Bangunan atau Monumen Kebangsaan pada 14 Mac 1975. Kini, badan pengurusan Masjid Sulṭan diselia oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Rujukan

sunting
  • (Inggeris) Lembaga Warisan Negara (2002). Singapore's 100 Historic Place. Archipelago Press. ISBN 981-4068-23-3.

Pautan luar

sunting