Masjid Nerasau
Masjid Kariah Nerasau merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.
Masjid Kariah Nerasau | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Aktif |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | (Imam Besar) (Timb. Imam Besar) |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Rembau |
Lokasi | Rembau N.Sembilan |
Koordinat | 2°32′13″N 102°07′09″E / 2.537080°N 102.119203°EKoordinat: 2°32′13″N 102°07′09″E / 2.537080°N 102.119203°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Konkrit |
sunting |
Masjid Nerasau adalah masjid yang tertua[perlu rujukan] di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Ia dibina pada tahun 1834 secara gotong royong oleh penduduk-penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Rahman. Bilangan penduduk yang menggunakan masjid ini ketika itu hanya 80 orang. Pada masa ini, Masjid Nerasau mempunyai 300 orang ahli kariah.
Latar belakang
suntingMasjid Kariah Nerasau terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 32 minit, 15.3 saat Utara dan Longitud 102 darjah, 6 minit, 52.1 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 45minit, 20.7 saat. [1]