Masjid Kampung Paya Redan, Pagoh
Masjid Kampung Paya Redan ialah sebuah masjid di Pagoh, Daerah Muar, Johor, Malaysia. Masjid Kampung Paya Redan ini telah dibina seawal tahun 1920-an lagi. Orang yang bertanggungjawab merealisasikan & menyelia pembinaan masjid ini dengan menggunakan kemahiran ketukangan tradisional di waktu itu adalah ketua kampung pertama iaitu Hj Mustahir bin Mukri.[1]
Masjid Jamek Kampung Paya Redan | |
---|---|
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Mohd Arsat Bin Badri 2013 (Imam Besar) Zaruddin bin Abdul Aziz (Timb. Imam Besar) 2013 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-01-MR-00079 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Daerah | Muar |
Lokasi | Masjid Jamek Kg. Paya Redan, Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar |
Laman sesawang | |
Masjid Jamek Kg. Paya Redan | |
sunting |
Beliau bersama beberapa rakan juga dikatakan sebagai kumpulan pertama penduduk yang bertanggungjawab meneroka & membuka kampung Paya Redan. Masjid ini dibina dengan papan dan kayu sepenuhnya. Kini, masjid baru telah dibina bersebelahan dengan masjid lama. Walau bagaimanapun, masjid lama ini masih digunakan lagi. Pada hari ini, Masjid Kampung Paya Redan telah diperindahkan dan sering menjadi rumah ibadat serta persinggahan mereka yang melalui Jalan Muar-Labis (Selatan ke Pantai Timur).
Rujukan
sunting