Masjid Al-Muqarrabin, Kampung Kundur
Masjid Al-Muqarrabin merupakan sebuah masjid mukim yang terletak di Kampung Kundur, Gua Musang, Kelantan. Masjid ini terletak di tepi jalan Gua Musang - Lojing.
Masjid Al-Muqarrabin, Kampung Kundur مسجد المقرّبين كامڤوڠ كوندور | |
---|---|
Fail:MASJID KG KUNDUR | |
Maklumat am | |
Mula dibina | 2016 |
Dibuka pada | 2022 |
Maklumat pentadbiran | |
Pengerusi | Ustaz Mujahid Mahmud |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Islam |
Bil. kubah | 1 |
Bil. tingkat | 2 |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | 300 |
Laman sesawang | |
https://web.facebook.com/masjid.almuqorobbin | |
sunting |
Sejarah
suntingSebelum masjid ini dibina, terdapat sebuah surau bernama Surau Al-Hidayah yang terletak di seberang jalan tapak masjid baharu, Banjir besar pada hujung tahun 2014 menyebabkan kebanyakan tempat di Gua Musang, khususnya Kg Kundur ditenggelami air dan musnah. Bertitik tolak dari peristiwa tersebut, Surau Al-Hidayah yang terletak lebih rendah daripada jalan utama ditenggelami air dan tidak dapat digunakan buat sementara waktu.
Permohonan untuk membina masjid mukim di Kampung Kundur telah diajukan kepada Majlis Agama Islam Kelantan sejak 2006 lagi. Walaubagaimanapun, pada 2016, dua tahun selepas peristiwa banjir tersebut, barulah bermulanya projek pembinaan masjid baharu (masjid mukim) yang terletak di seberang jalan.
Setakat 2022, masjid ini hampir siap dan masih memerlukan sumbangan orang ramai.