Masjid Al-Makmur, Kampung Sungai Galah

Masjid Al-Makmur merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Sungai Galah 31800 Tanjung Tualang Perak.[1]

Masjid Al-Makmur
[ Sila klik untuk melihat gambar masjid di Peta Google]
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamTayid @ Ahmad Taib B Ngah Satin 2017 (Imam Besar)
Arshad B Hamid 2017 (Timb. Imam Besar)
Bahari B Idris 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-08-KG-00302
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerak Darul Ridzuan
LokasiMasjid Al-Makmur, Kampung Sungai Galah
31800 Tanjung Tualang
Perak
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Al-Makmur

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat

sunting
Masjid Al-Makmur,
Kampung Sungai Galah
31800 Tanjung Tualang
Perak

Sejarah

sunting

Masjid Al-Makmur digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat setempat seperti perlaksanaan pelbagai aktiviti ibadah Islam termasuk korban. Ia bukan sahaja digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu malah ia adalah sebuah Pusat Sehenti bagi masyarakat setempat.

Masjid Al-Makmur merupakan sebuah masjid yang terletak di Kg Makmur, Sungai Galah, Kg Gajah Perak.

Masjid ini mula beroperasi pada tahun 1997. Kompleks masjid ini mempunyai empat (4) buah bangunan iaitu bangunan utama Masjid dan tiga (3) bangunan gabungan bilik mandi jenazah, dapur memasak, pejabat, bilik mesyuarat, dan sebagainya. Jumlah keseluruhan keluarga yang tinggal disekeliling Masjid ini ialah seramai 715 keluarga / rumah. Lebih kurang 2000 orang yang majoritinya ialah Melayu dan beragama Islam. Namun terdapat beberapa buah keluarga Tionghua dan India yang tinggal bersama di kampung ini. Sebagai sebuah kampung yang aman damai, mereka tinggal bersama dengan penuh bertoleransi.

Setelah hampir 30 tahun Masjid Al-Makmur dibina masjid ini masih memerlukan beberapa kemudahan dan kelengkapan yang perlu dilengkapkan. Masjid ini adalah dikategorikan sebagai Masjid Luar Bandar dan masih memerlukan banyak kerja-kerja Pembangunan.

Pentadbiran

sunting

Pengerusi Jawatan Kuasa Kariah Masjid:

1. Allahyarham Tuan Haji Panjang Adni

2. Tuan Haji Shamsuri (kini masih bertugas sebagai Imam Tambahan)

3. Cikgu Norul Rizal Bin Abdul Rahim

Imam yang bertugas di Masjid Al-Makmur adalah :

1. Allahyarham Imam Tayid @ Ahmad Taib B Ngah Satin

2. Imam Bahari bin Idris (Bersara)

3. Imam Arshad (Ketua Imam : ambil alih setelah kematian Imam Tayid @ Ahmad Taib)

4. Imam Azmi bin Seberan

5. Imam Pelapis Sairul Nizam bin Mohd Salleh

Rujukan

sunting
  1. ^ "Masjid Al-Makmur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 2018-09-28.

Pautan luar

sunting