Masjid Agung Lhasa
Masjid Agung Lhasa (Bahasa Cina: 拉萨清真大寺 ; pinyin: Lā Sà Qīng Zhēn Dà Sì), juga digelar sebagai Masjid Hebalin (Bahasa Cina: 河坝林清真寺 ; pinyin: Hé Bà Lín Qīng Zhēn Sì), merupakan sebuah masjid yang bertapak di Lhasa, Kawasan Autonomi Tibet, China.[1]
مسجد لاسا الكبير Masjid Agung Lhasa 拉萨清真大寺 Lā Sà Qīng Zhēn Dà Sì | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Lhasa, Tibet, China |
Koordinat geografi | 29°39′03″N 91°08′12″E / 29.65084°N 91.13671°EKoordinat: 29°39′03″N 91°08′12″E / 29.65084°N 91.13671°E |
Agama | Sunah Waljamaah |
Negara | Republik Rakyat China |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Disiapkan pada | 1716 (bangunan asal) 1959 (bangunan semasa) |
Sejarah
suntingMasjid ini pada asalnya dibina pada tahun 1716. Bangunan kini telah menjalani renovasi pada tahun 1959.
Seni bina
suntingMasjid Agung Lhsa mempunyai tiga pintu masuk yang meliputi kawasan seluas 2,600 m2. Kawasan binaan meliputi kawasan seluas 1,300 m2 yang terdiri daripada dewan solat, bangunan Pai, bangunan bunker, dewan bersuci (wudhu), bilik mandi dan lain—lain. Dewan solat terletak di barat yang mempunyai luas 285 m2 yang terdiri daripada dewan dalaman, dewan terbuka dan platform utama. Seni bina bangunan adalah gaya seni bina tradisional Zang dan juga menggabungkan ciri-ciri keagamaan dan tempatan.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Lhasa Great Mosque, the Mosques in Lhasa « China Travel Blogs – Tour-Beijing.com". tour-beijing.com. Dicapai pada 22 January 2015.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Masjid Agung Lhasa di Wikimedia Commons