Mashitah Ibrahim
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator. Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Baling, Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.
Mashitah Ibrahim DIMP (Pahang); DSDK (Kedah); PhD | |
---|---|
Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia | |
Menyandang jawatan 1 Ogos 2012 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 5 Mac 2013 | |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Baling | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Taib Azamudden Md Taib |
Digantikan oleh | Taib Azamudden Md Taib |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Alor Setar, Kedah | 9 Oktober 1964
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Abdul Shakor Abu Bakar |
Pertalian | Suliza Salam (besan) |
Anak |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Kehidupan peribadi
suntingMashitah telah berkahwin dengan Abdul Shakor Abu Bakar dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Dr. Ameerah Suad, Fatin Sajeeda, Muhammad Wafi dan Adel Wajdi. Anak ketiga beliau, Muhammad Wafi telah bertunang dengan Nur Falahi Dato' Zainal Nazeri, anak kedua kepada Datin Suliza Salam pada 1 Januari 2021 lalu.[1]
Pendidikan
suntingMashitah merupakan lulusan Sarjana Muda Tafsir dan Hadis dari Universiti Al-Azhar Mesir (1984-1987) serta memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (1994) dan Doktor Falsafah (PhD) Shariah Islamiyyah (1997) dari Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Ilmu Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1991)[2].
Kerjaya politik
suntingDalam Pilihan raya umum 2004 belau mengalahkan Ustaz Dato' Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Ustaz Taib Azamudden Md Taib merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas menang pilihan raya 2004, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau selalu menjawab pelbagai isu semasa berhubung dengan agama Islam.
Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.[3] Sehingga kini, Dato' Dr Mashitah selalu menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama - bidang kepakaran beliau. Contohnya pada 24 Januari 2008 beliau menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Gerbang Gemilang’ dan disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari padang Sekolah Menengah Agama Sik, Kedah.[4]
Skandal Jenayah Global
suntingDato' Dr Mashitah dikhabarkan terlibat dengan skandal jenayah global yang melibatkan rangkaian sindiket yang dikehendaki oleh pelbagai pihak penguatkuasaan di beberapa negara Asia.
Perkaitan di Malaysia
Pelabur utama di tempat Lu dipaksa bekerja iaitu Dongmei Park, yang terletak di selatan bandar Myawaddy, ialah bekas bos mafia China yang dikenakan sekatan oleh Washington iaitu Wan Kuok-koi yang juga dikenali sebagai Broken Tooth, Yin Gouju.
Dia juga dikehendaki polis Malaysia, kata Justice for Myanmar dalam laporan mereka.
Kumpulan itu berkata Wan, bekas ketua 14K, menubuhkan Dongmei Park melalui hubungan baiknya dengan "warganegara Malaysia yang berpengaruh."
Mereka termasuk Mashitah Ibrahim, seorang ahli politik parti pemerintah di Malaysia selama beberapa dekad iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan suaminya, Abdul Shakor Abu Bakar serta dua individu bernama Sri Liong Kee Huat dan Yong Mun Hong.
Amerika Syarikat pada 2020 telah mengenakan sekatan ke atas Wan dan Dongmei Park, nama lain untuk Dongmei Investment Group Co. Ltd.
Mashitah, yang masih aktif dalam politik bersama UMNO, adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 2008-2013.
BenarNews, sebuah perkhidmatan berita dalam talian yang bersekutu dengan RFA, telah beberapa kali menghubungi telefon bimbit Mashitah untuk mendapatkan komen serta menghantar mesej teks kepadanya, tetapi beliau hanya memberikan respons "Tidak berminat."
Justice for Myanmar berkata Mashitah telah memuat naik hantaran di laman Facebook yang memaparkan bahawa beliau sekurang-kurangnya mengenali Broken Tooth dan dikaitkan dengan projek Dongmei Park.
BenarNews tidak menemui sebarang rekod awam untuk Liong Kee Huat, atau nombor telefon Yong Mun Hong. Tiada siapa yang membuka pintu sebuah kediaman di Kuala Lumpur yang disenaraikan di bawah nama Mun Hong dalam pendaftaran korporat Kumpulan Dongmei di Hong Kong.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk komen mengenai penglibatan pelabur Malaysia dengan bekas bos kumpulan mafia itu dan kumpulan militan Myanmar.
Justice for Myanmar menggesa agar kerajaan di Asia mengambil tindakan berhubung perkara itu.
“Rangkaian perniagaan jenayah ini adalah satu ancaman global … menyebabkan kesengsaraan yang meluas terhadap masyarakat tempatan, pekerja dari seluruh Myanmar dan dunia yang dikurung serta dilayan seperti hamba abdi, selain mangsa penipuan siber di mana sahaja,” katanya dalam laporan.
“Pihak berkuasa di rantau ini khususnya China, Hong Kong, Kemboja, Malaysia, Singapura dan Thailand harus menyiasat penglibatan rakyat, penduduk dan syarikat mereka yang melakukan, menjadi dalang dan mendapat manfaat daripada jenayah rentas negara serta pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan di Myanmar dan meminta mereka bertanggungjawab,” kata kumpulan itu.
Anugerah
suntingKeputusan Pilihan Raya
suntingTahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Kuala Kedah | Mashitah Ibrahim | BN (UMNO) | 13,879 | Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi | PN (PAS) | 56,298 | 28,061 |
Azman Ismail | PH (PKR) | 28,237 | ||||||
Ulya Aqamah Husamudin | GTA (PEJUANG) | 1,805 | ||||||
Al Idrus Syed Araniri Syed Ahmad | WARISAN | 256 |
Rujukan
sunting- ^ Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
- ^ "Dato' Dr. Mashitah Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM". USIM. 28 September 2020. Dicapai pada 14 September 2022.
- ^ [1], " Mashitah menang", Utusan Online, 1 November 2008.
- ^ FORUM PERDANA EHWAL ISLAM