Masakan Pakistan
Masakan Pakistan (Urdu: پاکستانی پکوان; Jawi: ماسقن ڤاكستان ) boleh dicirikan oleh gabungan berbagai tradisi memasak serantau di benua kecil India, Asia Tengah serta unsur-unsur dari warisan Mughalnya.[1][2] Pelbagai masakan berasal dari kepelbagaian etnik dan budaya Pakistan.
Masakan dari wilayah timur Punjab dan Sindh dicirikan sebagai "sangat berperisa" dan "pedas", yang merupakan ciri perisa benua India. Masakan dari wilayah barat dan utara Azad Jammu & Kashmir, Balochistan, Gilgit-Baltistan, Khyber Pakhtunkhwa dan Kawasan Suku dikenalpasti sebagai "ringan" yang merupakan ciri perasa di rantau Asia Tengah.
Masakan antarabangsa dan makanan segera popular turut di bandar-bandar. Menggabungkan resipi tempatan dan asing (makanan gabungan), seperti masakan Cina Pakistan, adalah perkara biasa di pusat bandar besar. Lebih-lebih lagi, akibat perubahan gaya hidup, campuran masala yang siap sedia (rempah campur dan siap guna) menjadi semakin popular. Bagaimanapun, berikutan kepelbagaian rakyat Pakistan, masakan umumnya berbeza dari rumah ke rumah dan mungkin berbeza dari masakan Pakistan yang utama.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Taus-Bolstad, S (2003), Pakistan in Pictures. Lerner Publishing Group. ISBN 978-0-8225-4682-5
- ^ Jonathan H. X. Lee, Kathleen M. Nadeau Encyclopedia of Asian American Folklore and Folklife, Volume 1 page 973 ABC-CLIO, 2011 ISBN 0313350663, 9780313350665
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masakan Pakistan |
Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan |
Teknik penyediaan dan perkakas masak |
---|
Perkakas dapur - Teknik Timbang dan ukur |
Ramuan dan jenis makanan |
Makanan |
Makanan wilayah |
Afrika - Asia - Asia Selatan Amerika Latin - Amerika Utara Caribbean - Eropah Tengah Timur Makanan-makanan lain... |
Lihat juga: |
Dapur - Hidangan Tukang masak terkenal Wikibuku: Buku masakan |