Marudi

Pekan di Sarawak, Malaysia

Marudi (Jawi: مارودي) dari segi sejarahnya merupakan sebuah daripada pekan tertua di Sarawak, Malaysia. Kedudukannya yang strategik di kawasan yang kaya dengan sumber alam semula jadi khususnya bagi industri kayu balak & kini penanaman kelapa sawit sememangnya memperlihatkan peranan penting Marudi dalam pembangunan kawasan Baram.

Pekan Marudi

Marudi yang terletak di bahagian utara Bahagian Miri berhampiran Taman Negara Mulu hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan udara (MASwings) dan sungai iaitu Batang Baram (menggunakan bot ekspres).

Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari Miri ke pekan Marudi (perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan tambang RM25 sehala) & ke destinasi terakhir di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama (3 jam perjalanan).

Kini, Marudi juga dapat dihubungi dengan pengangkutan darat (melalui jalan pembalakan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri sejauh 54 km iaitu sejam perjalanan. Perjalanan Miri ke Marudi kenderaan akan meredah jalan sawit yang dahulunya jalan pembalakkan tersebut terpaksa melalui Feri Sungai Bakong iaitu bersebelahan dengan kampung etnik iban Sg Arang dan Feri Batang baram iaitu kawasan yang dikenali sebagai nanga Ridan dan dikenakan caj.

Wakil rakyat

sunting

Tambang Pengangkutan ke Marudi

sunting
  • Kadar Caj seorang Miri ke Marudi dikenakan RM40/- sehala yang menggunakan jalan darat iaitu jalan sawit yang terdahulu jalan pembalakkan.
  • Kereta yang digunakan kategori lesen "D" dicaj RM1/- untuk melalui Feri Sungai Arang dan Feri Sungai Baram(Ridan) RM1/-

Baram Regatta

sunting
  • Marudi terkenal dengan Baram Regatta yang diadakan setiap 3 tahun sekali.

Kemalangan Jalan Miri-Marudi

sunting
  • Pengguna jalan raya yang tidak di "Gazzet" ini hendaklah berhati-hati kerana kondisi jalan akan menjadi sangat licin ketika waktu hujan.
  • Permukaan jalan tanah merah dan kuning ini amat berbahaya bagi kereta tanpa pacuan empat roda.
  • Pada 17/2/2010 Hari rabu, jalan ini telah meragut nyawa 4 orang apabila pacuan empat roda yang dipandu terbabas dan terbalik kedalam parit yang mempuyai lumpur yang tebal. Keempat-empat mangsa tersebut didapati lemas dan meninggal di tempat kejadian dan punca kemalangan adalah lemas. Walau bagaimanapun, cuaca ketika kemalangan adalah panas terik dan tidak hujan.
  • Pemandu Lori (10Tan), Camp Sebangun di kawasan sungai arang juga terbabas kedalam parit dan didapati meninggal ditempat kejadian.