Marmaduke Pickthall

Marmaduke Pickthall atau nama sebenar beliau Muhammad Marmaduke William Pickthall (1875-1936) adalah seorang cendekiawan Muslim Barat, yang terkenal sebagai seorang penterjemah Al-Quran. Beliau juga seorang yang puitis dan tepat dalam bahasa Inggeris. Asalnya beragama Kristian yang kemudian berpindah memeluk agama Islam. Pickthall adalah juga seorang novelis yang medapat iktiraf daripada penulis-penulis seperti D.H Lawrence, H.G Wells dan E.M Forster, wartawan, pengetua sekolah serta pemimpin politik dan agama.

Muhammad Marmaduke Pickthall
Marmaduke Pickthall Portrait
Kelahiran
Marmaduke William Pickthall

(1875-04-07)7 April 1875
Cambridge Terrace, London, England
Meninggal dunia19 Mei 1936(1936-05-19) (umur 61)
Porthminster Hotel, St Ives, Cornwall, England
DikebumikanTanah Perkuburan Brookwood, Brookwood, Surrey, England
Pekerjaanpenulis novel, cendekiawan Islam
Terkenal keranaThe Meaning of the Glorious Koran

Dididik di Harrow, beliau lahir daripada keluarga Inggeris kelas menengah di mana susur galur keluarganya datang daripada seorang kesatria terkenal di bawah William Sang Penakluk. Pickthall banyak merantau di negara-negara Timur sehingga beliau mendapat reputasinya sebagai seorang cendekiawan Timur Tengah. Beliau menerbitkan terjemahan Al-Qurannya (The Meaning of the Glorious Koran) ketika menjadi penjawat jabatan di bawah pemerintahan Nizam dari Hyderabad. Terjemahannya ini menjadi terjemahan dalam bahasa Inggeris pertama yang dilakukan oleh seorang Muslim penutur jati Inggeris, dan terjemahan ini turut diakui oleh Universiti Al Azhar di Mesir serta Times Literary Supplement yang menyebut terjemahan ini sebagai sebuah pencapaian penulisan yang terbesar.

Pickthall dimakamkan di pemakaman Muslim di Brookwood.

Lihat pula

sunting

Pautan luar

sunting