Markas Angkasa Amerika Syarikat

Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) adalah markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat
Jata Markas Angkasa AS
AktifSeptember 1985 – Oktober 2002
29 Ogos 2019 – kini
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas medan bersepadu
Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan
IbupejabatPeterson AFB[1]
Laman webwww.spacecom.mil
Komander
PanglimaJeneral Stephen Whiting, USSF
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral Thomas L. James, USA
Penyelia Kanan Lain-Lain PangkatCCM Jacob C. Simmons USSF[2]

Ia pada asalnya ditubuhkan pada September 1985 untuk menyelaras penggunaan ruang angkasa oleh Angkatan Tentera AS.[3] Panglima Tertinggi Markas Angkasa A.S. (CINCUSSPACECOM) juga berfungsi sebagai Panglima Tertinggi Markas Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (CINCNORAD) milik dwi negara AS-Kanada, dan untuk sebahagian besar masa kewujudan USSPACECOM, adalah juga Panglima Markas Angkasa Tentera Udara.

Pada tahun 2018, diumumkan bahawa Markas Angkasa A.S. akan ditubuh semula sebagai sebuah markas medan bersepadu. Tujuan untuk pengaktifan semula dan kelulusan dari Kongres telah diisytiharkan pada 29 Ogos 2019. Jeneral John W. Raymond, USAF, merupakan Panglima, Markas Angkasa AS, merangkap Panglima, Markas Angkasa Tentera Udara.

Senarai Panglima

sunting
Nama Foto Mula Akhir Jawatan penting yang dipegang sebelum atau selepas
1 Jeneral Robert T. Herres, USAF   September, 1985 1987 Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama Pertama (1987–1990)
2 Jeneral John L. Piotrowski, USAF   1987 1990 Naib Ketua Turus Tentera Udara Ke-22 (1985–1987)
3 Jeneral Donald J. Kutyna, USAF   1990 1992 Ahli Jawatankuasa Rogers (1986–1988)
4 Jeneral Charles A. "Chuck" Horner, USAF   June, 1992 September, 1994 Panglima, Tentera Udara Ke-9, dan Panglima, Tentera Udara Markas Tengah A.S. (1987–1992), beliau memimpin operasi udara A.S. dan pihak sekutu bagi Operasi Desert Shield dan Desert Storm dalam Perang Teluk.
5 Jeneral Joseph W. Ashy, USAF   September, 1994 Ogos, 1996
6 Jeneral Howell M. Estes III, USAF   Ogos, 1996 14 Ogos 1998
7 Jeneral Richard B. Myers, USAF   14 Ogos 1998 22 Februari 2000 Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama Ke-5 (2000–2001)
Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama Ke-15 (2001–2005)
8 Jeneral Ralph E. "Ed" Eberhart, USAF   22 Februari 2000 1 Oktober 2002 Naib Ketua Turus Tentera Udara Ke-27 (1997–1999)
Panglima, Markas Utara Amerika Syarikat (2002–2005)
9 Jeneral John W. Raymond, USAF   29 Ogos 2019 Kini Panglima, Markas Angkasa Tentera Udara AS (2016–kini)
Panglima Komponen Angkatan Angkasa Bersama (2017–kini)

Para Panglima Markas Angkasa A.S. mengikut cabang tentera

sunting
  • Tentera Udara: 9
  • Tentera Darat: tiada
  • Kor Marin: tiada
  • Tentera Laut: tiada
  • Pengawal Pantai: tiada

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama factsheet
  2. ^ "CHIEF MASTER SERGEANT JACOB C. SIMMONS". United States Space Command (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-07.
  3. ^ Handberg, Roger (2000). Seeking New World Vistas: The Militarization of Space. Greenwood Publishing Group. m/s. 109. ISBN 0-275-96295-4.

Pautan luar

sunting