Mario
Mario[e] ialah watak fiksyen permainan video yang dicipta oleh pereka permainan video Shigeru Miyamoto. Selaku maskot Nintendo, Mario telah muncul dalam lebih daripada 200 permainan video sejak dicipta. Mario kini muncul dalam pelbagai jenis permainan video, seperti permainan perlumbaan, teka-teki, permainan watak berperanan, aksi, sukan dan sebagainya.
Mario | |
---|---|
Watak Mario | |
Dicipta oleh | Shigeru Miyamoto |
Dilakonkan oleh | |
Disuarakan oleh |
|
Informasi | |
Pekerjaan | Tukang paip |
Keluarga | Luigi (saudara kembar) |
Kewarganegaraan | Itali |
Ciri
suntingMario digambarkan sebagai tukang paip Itali yang pendek dan gemuk di Kerajaan Cendawan. Dalam siri Mario, dia berulang kali menghentikan rancangan Bowser untuk menculik Princess Peach dan menakluki Kerajaan Cendawan. Dia juga mempunyai kawan dan lawan yang lain.
Sebagai maskot Nintendo, Mario adalah salah satu watak-watak paling terkenal dalam sejarah permainan video,[1] dan Mario menjadi sinonim dengan permainan video itu sendiri. Permainan Mario telah terjual lebih 201 juta unit, menjadikan siri Mario sebagai siri permainan video paling banyak terjual.[2]
Konsep
suntingMario telah dicipta oleh Shigeru Miyamoto dalam usahanya mencipta permainan video terlaris untuk Nintendo, selepas permainan sebelumnya seperti Sheriff tidak berjaya. Pada mulanya, Miyamoto ingin membuat permainan video menggunakan watak Popeye, Bluto dan Olive Oyl. Walau bagaimanapun, dia tidak dibenarkan menggunakan watak-watak ini, jadi dia akhirnya membuat Jumpman (kemudian dikenali sebagai Mario), Donkey Kong, dan Pauline. Misi Mario adalah untuk menundukkan Bowser yang menculik Puteri Peach. Bowser juga mahu mengalahkan Kerajaan Cendawan.
Nota
sunting- ^ Super Mario Bros.: The Great Mission to Rescue Princess Peach!, dan Amada Anime Series: Super Mario Bros.
- ^ Mario Paint, dan Super Mario All-Stars
- ^ Super Mario Bros. Special Drama CD
- ^ Pengalihan suara Jepun bagi filem Super Mario Bros
- ^ Jepun: マリオ Hepburn: Mario , disebut [maɾi.o]; English: /ˈmɑːrioʊ, ˈmær-/, Itali: [ˈmaːrjo]
Rujukan
sunting- ^ "The History of Mario". Dicapai pada 2008-08-23.
- ^ "The Sims game sales top 100 million". CBC.ca. 2008-04-17. Dicapai pada 2008-12-08.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Mario |