Marina ialah sebuah drama web televisyen Malaysia 2024 arahan Along Kamaludin terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Remy Ishak dan Sophia Albarakbah. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton dari 25 November 2024 hingga 14 Januari 2025.

Marina
GenreMelodrama
Ditulis oleh
  • Nieza Nahar
  • Shuhadatul Ain Zakaria
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pelangi Kelabu" - Shiha Zikir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 November 2024 – 14 Januari 2025

Sinopsis

sunting

Setelah kehilangan kakaknya, Marina bertekad untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Kuala Lumpur, namun dia terperangkap dalam hubungan yang rumit dan penuh risiko.

Marina bertemu dengan Dato’ Fahad (Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan dihormati, yang dilihatnya sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, hatinya mula terikat dengan Haqiem (Remy Ishak), seorang lelaki yang patah hati selepas hubungan yang penuh harapan hancur. Di tengah-tengah dilema antara kekayaan dan cinta, Marina dihadapkan pada keputusan sukar yang akan menentukan masa depannya.

Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaannya dengan Marina. Di sebalik watak karismatik Dato’ Fahad, tersembunyi rahsia gelap yang membawa kepada aktiviti haram dan konspirasi yang mengancam kehidupan mereka semua. Marina, yang pada awalnya hanya mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan yang jauh lebih besar daripada apa yang dia sangkakan.

Apakah Marina akan menemui kebahagiaan yang dicari, atau adakah jalan hidupnya dipenuhi dengan pengorbanan dan kehilangan? Bagaimanakah hubungan antara Marina dan Haqiem akan berakhir di tengah-tengah ujian berat yang menimpa mereka?

Pelakon

sunting