Marilyn Monroe (lahir Norma Jeane Mortenson pada 1 Jun 1926 – meninggal pada 4 Ogos 1962) merupakan seorang pelakon wanita, peragawati, penyanyi serta ikon Hollywood. Terkenal dengan melakon sebagai watak blomb bombshell, beliau ialah simbol seks Amerika Syarikat. Beliau pernah meraih Anugerah Golden Globe. Beliau terkenal kerana kemahiran komedi beliau dan ketrampilan beliau dalam layar. Monroe menjadi salah seorang bintang filem paling popular pada 1950-an dan awal 1960-an. Pada peringkat-peringkat lanjut dalam kerjaya beliau, beliau cenderung kepada peranan-peranan yang lebih serius dan namanya memintas nama-nama semua penghibur lain pada masa itu.[1]

Marilyn Monroe
Gambar promosi Monroe yang diambil pada tahun 1953
Kelahiran
Norma Jeane Mortenson

(1926-06-01)1 Jun 1926
Meninggal dunia4 Ogos 1962(1962-08-04) (umur 36)
DikebumikanCorridor of Memories, #24, Westwood Village Memorial Park Cemetery, Los Angeles, California
34°03′31″N 118°26′27″W / 34.058695°N 118.440768°W / 34.058695; -118.440768Koordinat: 34°03′31″N 118°26′27″W / 34.058695°N 118.440768°W / 34.058695; -118.440768
Nama lainNorma Jeane Baker
PekerjaanPelakon, peragawati, penyanyi, pelawak
Tahun aktif1947 - 1962
PasanganJames Dougherty (19 Jun 1942-13 September 1946)
Joe DiMaggio (14 Januari 1954-27 Oktober 1954)
Arthur Miller (29 Jun 1956-20 Januari 1961)
Laman web rasmihttp://www.marilynmonroe.com/
Gaya ikonik kain terselak Marilyn Monroe disebabkan tekanan angin bawah tanah oleh kereta api yang melaluinya.

Kematian beliau secara tiba-tiba dikelaskan sebagai "barangkalinya bunuh diri."[2] Kebanyakan individu termasuk Jack Clemmons, pegawai polis LAPD pertama yang tiba di tempat kematian[3] percaya bahawa beliau telah dibunuh.[4] Beliau merupakan satu-satunya wanita dalam senarai selebriti sudah meninggal yang paling banyak pendapatannya oleh Forbes.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.britannica.com/eb/article-9053433/Marilyn-Monroe
  2. ^ GRANT ROLLINGS, The curse of the Playmates, The Sun, February 12 2007
  3. ^ Wolfe, Donald H. The Last Days of Marilyn Monroe. (1998) ISBN-10: 0787118079
  4. ^ http://carpenoctem.tv/cons/monroe.html
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-02. Dicapai pada 2008-01-14.

Pautan luar

sunting