March
Dalam konteks bidang geopolitik Eropah zaman pertengarah, sesebuah kerajaan atau negara boleh mempunyai wilayah pinggiran (bahasa Inggeris: march , Belanda: mark dedua turunan Proto-Jerman *marko seakar Latin margo "pinggir"[1][2]) seperti zon penampan yang didirikan kubu demi pertahanan daripada serangan pihak jiran. Keluasan lazimnya lebih kurang sama dengan kaunti tetapi diutamakan lebih tinggi dengan pemimpin bangsawan (marquis atau margrave– setaraf temenggung di alam Melayu) berbanding kaunti baisa yang dipimpin seorang count.
Semasa zaman kerajaan Islam Andalusiyah, Kekhalifahan Qurtubah mendirikan tiga "perbatasan" (Arab: ثَغْر thaghr muf. ثُغُـوْر thughūr jam.)[3] utama:[4][5]
- Perbatasan Hulu (الثَغْر الأعلى Ath-Thaghr al-Aʿlā), ibukota: Sarakustah
- Perbatasan Tengah (الثَغْر الأوسط Ath-Thaghr al-Awsaṭ) merangkumi wilayah lembah Ebro antara pesisiran Laut Rum dan sesungai Douro dan Tajo, ibukota: Tulaitilah dan Madinah Salim
- Perbatasan Hilir (الثَغْر الأدنى Ath-Thaghr al-Adnā) di pesisir barat semenanjung termasuk Usbunah, ibukota: Mardah dan Batalyus
Raja Charlemagne sendiri mendirikan kawasan pinggiran Hispanica (Latin: Marchia Hispanica , Sepanyol: Marca Hispánica , Arab: ثَغْر الإسباني, rumi: Ath-Thaghr al-Isbānī ) sebagai perbentengan mempertahankan empayar baginda daripada kemaraan tentera Islam Andalusiyah dari Perbatasan Hulu mereka.
Gambaran keberbahayaan kawasan pinggiran di mana writ raja tidak dapat berkuasa, berbeza dengan keadaan di dewan atau istananya, telah dibayangkan oleh puisi, Beowulf, berkenaan dengan sekeping tanah paya di tepi tasik yang dikuasai oleh raksasa Grendel: "the fell and fen his fastness was, the march his haunt" yang lebih kurang berbunyi "bukit dan tanah paya kubunya, march itu tempat tumpuannya".
Suku kata mark dalam nama "Denmark" memelihara kata seasal Nor Kunonya merki ("sempadan") atau mörk ("hutan kecil", "hutan") sehingga hari ini.
Rujukan
sunting- ^ Online Etymology Dictionary
- ^ Lihat:
- M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "mark (grens)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
...gelatiniseerd marca, marcha ‘grensstreek’... < [Proto-Germaans] *markō- ‘grens’, afleiding van *mark- ‘segment, afgescheiden deel’...verwant met Latijn margō ‘rand, grens’...
CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "margo". Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 520.
tepi; pinggir; kelim; batas
- M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "mark (grens)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 57. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Guzmán, Roberto Marín (2006). Sociedad, política y protesta popular en la España musulmana. Universidad de Costa Rica. m/s. 68. ISBN 9968936960.
- ^ Manuela Marín, penyunting (1962). The Formation of al-Andalus, Part 1: History and Society (ed. cetakan semula 2016). Routledge. m/s. 380. ISBN 9780860787082.