Maou
Maou (魔王 , juga dikenali sebagai The Devil, atau Iblis), adalah drama Jepun bergenre saspen buatan semula daripada Korea yang bertajuk Ma Wang (마왕) yang disiarkan di KBS 2TV pada 2007. Drama ini dibintangi oleh Satoshi Ohno dari Arashi dan Toma Ikuta, mereka berdua sebenarnya dibawah agensi bakat Johnny & Associates.
Maou | |
---|---|
![]() Muka depan DVD Drama Maou | |
Juga dikenali sebagai | Maō The Devil (BI) Iblis (BM) |
Genre | Drama Saspen Misteri Pembunuhan |
Pencipta | Park Chan Hong Kim Ji Woo Lee Duk Kwun |
Ditulis oleh | Yōichi Maekawa Masafumi Nishida |
Pengarah | Arata Katō Toshio Tsuboi Tsuyoshi Katayama |
Dibintangi oleh | Satoshi Ohno Toma Ikuta Ryoko Kobayashi |
Penggubah lagu tema | Hydrant |
Lagu pembukaan | truth oleh Arashi |
Penggubah | Hiroyuki Sawano |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Jepun |
Bilangan episod | 11 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Masanao Takahashi Ryōsuke Watanabe |
Tempoh siaran | lebih kurang 49 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TBS |
Format gambar | NTSC (480i) |
Format audio | Surround |
Siaran asal | 4 Julai 2008 – 12 September 2008 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Ryūsei no Kizuna |
Rancangan berkaitan | Ma Wang (Versi Korea) |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Sinopsis
suntingRyo Naruse (Satoshi Ohno) ialah seorang peguam bermuka dua: di luar, dia sangat baik hati, selalu membela yang tidak bernasib baik dan mendapat gelaran "Peguam Malaikat" dari media massa; tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa dia seorang berhati "iblis", bermuslihat dalam membalas dendam terhadap kematian adiknya. Naoto Serizawa (Toma Ikuta) ialah seorang detektif yang agak gelojoh dan menjadikan pekerjaan detektif sebagai penghapusan dosa masa silam yang pernah dilakukannya. Apabila kenalan keluarga Serizawa dibunuh, Serizawa turut terjebak dalam permainan konflik pembunuhan yang juga bercampur dengan masa silamnya yang gelap.
Lagu Tema Pembukaan
suntingLagu tema bagi siri ini adalah "Truth" oleh Arashi, sebuah kumpulan penyanyi lelaki Jepun yang terkenal dan Satoshi Ohno merupakan ketua dalam kupulan itu. Dalam pratonton video promosi "Truth" pada program berita siaran hiburan pagi di TBS iaitu 2jichaō, Ohno menyatakan maksud dalam lagu ini adalah sama seperti penghayatan terhadap drama ini. Arashi menunjukkan tarian mereka dalam video promosi "Truth" bersama Ohno sebagai ketua. Tarian ini dihebohkan dalam laman rasmi Maou. (ditulis oleh staf / penerbit dan diposkan dalam laman rasmi mereka) Ohno sentiasa berlatih beberapa gerakan tarian itu diantara masa sebelum rakaman drama kerana jadualnya yang padat.
Pelakon
suntingPelakon Utama
sunting- Satoshi Ohno sebagai Ryo Naruse (Nama samaran, Toomo Manaka yang sebenar)
- Toma Ikuta sebagai Naoto Serizawa
- Ryoko Kobayashi sebagai Shiori Sakita
- Kei Tanaka sebagai Hitoshi Kasai
- Shugo Oshinari sebagai Mitsuru Souda
- Tomohiro Waki sebagai Yosuke Ishimoto
- Misa Uehara sebagai Kaoru Takatsuka
- Mai Shinohara sebagai Eri Nishina
- Yutaka Shimizu sebagai Keita Yamano
- Kisuke Iida sebagai Kanrikan Ishihara
- Toshihide Tonesaku sebagai Takashi Kurata
- Michiko Kichise sebagai Mari Serizawa
- Hitori Gekidan sebagai Noriyoshi Serizawa
- Yuji Miyake sebagai Hiromichi Nakanishi
- Koji Ishizaka sebagai Eisaku Serizawa
Pelakon Tambahan
sunting- Hiroki Kouno sebagai Toomo Manaka (budak)
- Toshi Takeuchi sebagai Hideo Manaka
- Haruki Kimura sebagai Naoto Serizawa (budak)
- Kayano Masuyama Shiori Sakita (budak)
- Yuto Uemura sebagai Hitoshi Kasai (budak)
- Haruo Honma sebagai Mitsuru Souda (budak)
- Ryunoshin Nakamura sebagai Yosuke Ishimoto (budak)
Pelakon Undangan
sunting- Kazunari Ninomiya sebagai Masayoshi Kumada (episod 1)
- Mayumi Sebagaiaka sebagai Yoshimi Manaka (episod 1, 2, 4)
- Tetsuo Morishita sebagai Takahiro Kumada (episod 1, 2)
- Kitaro sebagai Kunio Haysebagaihi (episod 1, 2)
- Kaoru Okunuki sebagai Tae Shintani (episod 2-4)
- Momoka Oono sebagai Sora Shintani (episod 2-5, 7)
- Naomsebagaia Musaka sebagai Takahiro Ikehata (episod 4-7)
- Yuka sebagai Makiko Naruse (episod 4-7)
- Outa Tanino sebagai Ryo Naruse yang sebenar (episod 5)
- Kyusaku Shimada sebagai Oosumi Kazuma (episod 5-7, 9)
Senarai Episod
suntingEpisod | Tajuk |
---|---|
01 | Iblis pendendam yang melemparkan kasih sayang - syaitan yang bersedih |
02 | Satu perangkap khianat... Ibu bapa dan anak terpisah |
03 | Wajah sebenar seseorang terdedah, berdendam demi kasih sayang |
04 | Mensasarkan syaitan, pintu-pintu neraka telah dibuka |
05 | Notis pendahuluan membunuh...? Menerima sampul merah dari syaitan |
06 | Beritahu saya... Siapakah disebalik semua ini!! |
07 | Adik-beradik palsu... Satu penipuan yang menjerumus kematian |
08 | Tamatnya kasih sayang terhalang... Untuk dendam, sekali lagi |
09 | Sayalah dalangnya. Tradegi seorang lelaki yang banyak mengetahui. |
10 | Keruntuhan rumah tangga ... Kad terakhir adalah kematian!! |
11 | Pertunjukan terakhir. Ikatan yang terputus dengan kematian!! |
Pautan Luar
sunting- Laman Rasmi (Jepun)
- Undian Mingguan (Jepun)