Mandalay
Rencana ini perlu dikemas kini.(Julai 2023) |
Mandalay terletak di utara Myanmar (Burma). Ia adalah bandar kedua terbesar dan bandar diraja terkini kerajaan itu. Terletak 716 km. utara Yangon di tepi timur Sungai Irawati, bandar ini mempunyai penduduk 1 juta dan merupakan ibu kota wilayah Mandalay.
Mandalay adalah pusat ekonomi Burma Atas dan dianggap sebagai pusat budaya Burma. Ramai pendatang China dari Yunna masuk ke Mandalay dan meningkatkan kedinamikan ekonomi. Mandalay menjadi pusat pendidikan dan pusat kesihatan.
Sejarah
suntingMandalay dikenali sebagai "kota batu permata". Mandalay didirikan pada 13 Februari 1857 oleh Raja Mindon sebagai ibu kota baru di kaki Bukit Mandalay. Luasnya 66 km. persegi, dikelilingi oleh empat sungai.
Raja memerintahkan pembinaan Istana Mandalay dan Pagoda Kuthodaw. Pada Jun 1857, istana Amarapura dibongkar dan dipindahkan ke Mandalay menggunakan gajah. Kerja-kerja pemindahan dan pembinaan selesai pada 23 Mei 1859. Mandalay menjadi ibu kota pada 28 Januari 1885 ketika penjajah British menawan dan menghantar Raja Thibaw dan ratu permaisuri Supayalat ke tempat pengasingan. Dengan itu tamatlah Perang Anglo-Burna ketiga.
Kolonial Mandalay (1885-194)
suntingBritish di Burma membangunkan Mandalay menjadi bandar komersil dan politik di utara Burma. Landasan kereta api dibina sehingga ke Mandalay pada 1889. Kolej Mandalay turut dibina pada 1925. Istana Mandalay dirampas dan kini masih dipamerkan di Muzium Victoria dan Albert. Kompleks itu dinamakan sebagai istana Fort Dufferin.
Mandalay juga menjadi pusat anti British. British membawa banyak buruh India ke bandar Mandalay. 1904—1905 wabak penyakit berlaku dan ramai penduduknya berhijrah. Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menguasai Mandalay dari Mei 1942 hingga Mac 1945. Benteng istana menjadi kem tentera dan depot makanan Jepun. Kemudian dibom oleh tentera Berikat.
Mandalay terkini (1948 sekarang)
suntingBurma mendapat kemerdekaan dari penjajah British pada 1948. Beberapa universiti dibina seperti Universiti Mandalay, Universiti Perubatan dan Akademi Pertahanan Burma.
Pada 1959, Mandalay merayakan Festival 100 tahun Mandalay bertempat di kaki Bukit Mandalay. Setem khas dikeluarkan.
Jeneral Ne Win (1962—1988) melaksanakan dasar isolasi / pengasinan. Pada 1980-an, bandar Mandalay hanya mempunyai bangunan setingkat dan dipenuhi dengan basikal sahaja. Mei 1981, kebakaran memusnahkan 6000 rumah. 36.000 hilang tempat tinggal. Kebakaran pada 24 Mac 1984 memusnahkan 2700 rumah dan 23.000 hilang tempat tinggal. Kebakaran pada Februari 2009 memusnahkan 320 buah rumah dan 1600 hilang tempat tinggal.
Ramai pendatang China dari wilayah Yunnan dan Sichuan masuk terutama selepas kerajaan tentera memerintah sejak 1988. Seramai 300.000 orang Yunnan berhijrah ke Mandalay membentuk 30-40% penduduk bandar. Pendatang China membuka perumahan, hotel, perniagaan dan pusat beli-belah. Festival 150 tahun Mandalay dirayakan pada 15 Mei 2009.
Mrskipun muncul Naypyidaw sebagai ibu negara Burma yang baru sejak 2006, Mandalay terus menjadi bandar komersial yang utama di utara Burma.
Geografi
suntingMandalay terletak di zon kering tengah Burma dari Sungai Irawati di 21,98. Utara, 96,08 º BT, 64 meter di atas permukaan laut. Zon masa standard adalah UTC / GMT +6:30 jam.
Mandalay terletak di patahan Sagaing, iaitu palt tektonik antara India dan Sunda. Gempa bumi Sagaing terbesar (7 skala richter) berlaku pada 1956.
Iklim
suntingMandalay mengalami iklim savana tropika.
Lokasi menarik
sunting- Bukit Mandalay merupakan gunung suci. Kononnya sang Buddha pernah bernubuat di bukit ini. Tingginya 230 meter.
- Istana Mandalay — pernah terbakar semasa Perang Dunia Kedua. Muzium Budaya terletak di perkarangan istana.
- Biara Shwenandaw — terkenal kerana ukiran kayu jati yang halus. Ia sebenarnya sebahagian daripada istana lama yang dipindahkan oleh Raja Thibaw pada tahun 1880.
- Pagoda Maha Muni — dikatakan tempat Sang Gautama Buddha. Dibina oleh Raja Bodawpaya pada 1784. Tingginya 12 meter.
- Pagoda Kuthodaw dibina oleh Raja Mindon pada 1857. Terdapat 729 stupa dan menjadi buku terbesar di dunia.
Pentadbiran
suntingMandalay terbahagi kepada beberapa daerah iaitu:
- Amarapura;
- Aungmyethazan;
- Chanayethazan (pusat bandar);
- Chanmyathazi;
- Mahaaungmye;
- Patheingyi;
- Pyigyidagun.
Perhubungan dan pengangkutan
suntingMandalay menjadi bandar penghubung dengan India dan China. Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay dibina pada 2000 dengan kos US $ 150 juta. Destinasi utama ialah Kunming di China. Kerajaan tentera Burma menjadi projek ini sebagai "gajah putih" sahaja.
Landasan kereta api menghubungkan Yangon di selatan dengan Stesen kereta api Mandalay. Kereta api akan melalui beberap stesen seperti Pyin U Lwin (Maymyo), Lashio, Monywa, Pakokku, Kalay, Gangaw, dan di utara, Shwebo, Kawlin, Naba, Kanbalu, Mohnyin, Hopin, Mogaung dan Myitkyina.
Kerajaan Burma hanya membenarkan beberapa ribu kereta import. Olhe itu harga kereta sangat mahal. Kebanyakan penduduknya hanya menggunakan motosikal dan basikal serta bas awam. Kenderaan yang popular ialah lori pickup Nissan Sunny.
Galeri gambar
sunting-
Pagoda Kuthodaw
-
Pagoda Kuthodaw
-
Pagoda Maha Muni
-
Shwe Inn Bin