Malim Ghozali PK
Dr. Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid (Jawi: محمد غزالي بن عبدالرشيد) atau lebih dikenali dengan nama penanya Malim Ghozali PK (4 Mac 1949 – 18 Jun 2020) ialah seorang sasterawan Melayu[1] Malaysia dari Perak.[2] Beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada tahun 2014. Beliau mengarang pelbagai jenis karya sastera seperti novel dan cerpen. Beliau turut menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2013.[3]
Malim Ghozali PK محمد غزالي بن عبدالرشيد | |
---|---|
Lahir | Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid 4 Mac 1949 Malim Nawar, Perak, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 18 Jun 2020 Hospital Serdang, Selangor, Malaysia | (umur 71)
Nama pena | Malim Ghozali PK |
Pekerjaan | Penulis |
Bahasa | Melayu |
Pendidikan | Universiti Malaya |
Genre | Cereka |
Anugerah | Anugerah Penulisan Asia Tenggara (2013) Sasterawan Perak (2014) |
Pasangan | Ratnawati Jamil (m. 2020) |
Kehidupan awal
suntingMohamed Ghazali bin Abdul Rashid dilahirkan di Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat 4 Mac 1949.[4]
Beliau memulakan pengajiannya di Sekolah Melayu Gunung Panjang sebelum menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya lalu lulus dengan Sarjana Muda Sastera pada tahun 1973. Selain itu, beliau turut mengikuti program Fellowship Penulisan Kreatif di Pusat Seni Kreatif Virginia, Amerika Syarikat.[5]
Kerjaya dan anugerah
suntingAnugerah Penulisan Asia Tenggara dan Sasterawan Perak
suntingMohamed Ghazali menerima gelaran sebagai Sasterawan Perak ketiga daripada kerajaan negeri Perak pada 13 Disember 2014.[3] Beliau juga menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 2013.[3]
Kematian
suntingPada hari Khamis 18 Jun 2020, beliau meninggal dunia akibat kanser di Hospital Serdang, Selangor pada pukul 11.20 pagi.[6][7] Kematiannya berlaku selepas pembedahan membuang ketumbuhan di jantung pada hari sebelumnya.[6][8] Jenazahnya disembahyangi di Surau Ad Duha, Kota Damansara selepas asar[4] lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor.[9] Beliau meninggalkan dua orang balu dan enam orang anak.[6]
Hasil tulisan
suntingBukan cereka
sunting- Kebenaran Mutlak: Memahami Kesempurnaan. Petaling Jaya: Seladang Ventures. 2006. ISBN 978-983-372-409-3. OCLC 953649167.CS1 maint: ref=harv (link)
- (Inggeris) Understanding Perfection: The Profound Truth. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2010. ISBN 978-983-372-408-6. OCLC 191659323.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kampung-kampung tersohor : di sepanjang Sungai Perak = Famous villages : along the Perak river. Perak: Institut Darul Ridzuan. 2011. ISBN 978-967-016-501-1. OCLC 844990395.CS1 maint: ref=harv (link)
- Hotel Syariah De Palma : Konsep dan Pelaksanaan = De Palma Syariah Compliant Hotels : Concept and Implementation. Petaling Jaya, Selangor: Kumpulan Hotel De Palma. 2011. ISBN 978-967-101-370-0. OCLC 968953821.CS1 maint: ref=harv (link)
- Psikosomatik yang menyala. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2017. ISBN 978-967-460-540-7. OCLC 994290850.CS1 maint: ref=harv (link)
Novel
sunting- Redang. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. ISBN 978-983-620-622-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Janji Paramaribo. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. ISBN 978-983-621-745-5. LCCN 90948293. OCLC 24292708.CS1 maint: ref=harv (link)
- Daun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008. ISBN 978-983-460-082-2. OCLC 318943020.CS1 maint: ref=harv (link)
- Luka Nering. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2014. ISBN 978-983-461-927-5. OCLC 913514540.
- (Inggeris) Tree of Sorrow. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2014. ISBN 978-983-490-065-6. OCLC 913514570.CS1 maint: ref=harv (link)
- (Inggeris) Song of September: A Collection of Short Stories. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2016. ISBN 978-967-460-398-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Song of September: Kumpulan Cerpen. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2017. ISBN 978-967-460-544-5. OCLC 993663759.CS1 maint: ref=harv (link)
Kumpulan dan antologi
sunting- Gemaruang. Ampang Jaya: OEN Industries. 1987. ISBN 978-983-957-400-5. OCLC 851049148.CS1 maint: ref=harv (link)[10]
- Sayang Ottawa Sungainya Sejuk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. ISBN 978-983-620-899-6. OCLC 420743168.CS1 maint: ref=harv (link)
- Usia. Petaling Jaya: Seladang Books. 2006. ISBN 978-983-372-400-0. LCCN 2007442906. OCLC 193863617.CS1 maint: ref=harv (link)[10]
- Fantasi Malam. 2007.CS1 maint: ref=harv (link)[10]
- hujan di limun pagi. Selangor: Seladang Ventures. 2008. ISBN 978-983-372-413-0. OCLC 968939803.CS1 maint: ref=harv (link)
- Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir!. Kuala Lumpur: Seladang Ventures. 2008. ISBN 978-983-372-412-3. LCCN 2011307729.CS1 maint: ref=harv (link)
- Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2014. ISBN 978-983-461-697-7. OCLC 913573182.CS1 maint: ref=harv (link)
- Malim Nawar Telah Kupinjam Namamu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017. ISBN 978-983-490-899-7. OCLC 985069930.CS1 maint: ref=harv (link)
- Tanah, Air, Api, Angin. Kuala Lumpur: Seladang Ventures Sdn. Bhd. 2017. ISBN 978-967-148-331-2. OCLC 1014001528.CS1 maint: ref=harv (link)
Penterjemahan
sunting- Noordin Hassan (2009). The Frankincense: Selected Plays [Mana setangginya? Kumpulan Drama Pilihan] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Malim Ghozali PK; Mohd Bahadun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. ISBN 978-983-068-441-3. OCLC 500468164.CS1 maint: ref=harv (link)
Rencana
suntingRujukan
sunting- ^ Institut Terjemahan & Buku Malaysia 2014, m/s. xxii.
- ^ Balqis Jazimah Zahari (18 Jun 2020). "Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK meninggal dunia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ a b c "Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK meninggal dunia". Malaysiakini.com. 18 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ a b Norshazlina Nor Azman (18 Jun 2020). "Pemergian Malim Ghozali, hilangnya permata dalam dunia sastera". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ Saifullah Ahmad (18 Jun 2020). "Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK meninggal dunia". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ a b c Latifah Arifin (18 Jun 2020). "Malim Ghozali Pk meninggal dunia". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ Bernama (19 Jun 2020). "Agong zahir takziah pemergian tokoh sasterawan Dr Mohamed Ghazali". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ BERNAMA (19 Jun 2020). "Agong zahir takziah pemergian Malim Ghozali Pk". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ AL-FATIHAH | Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK Meninggal Dunia (Terbitan televisyen). Buletin Utama. TV3. 18 Jun 2020. Peritiwa berlaku pada 0:10.
- ^ a b c Ooi 2017, m/s. 254.
Buku
sunting- Ooi, Keat Gin (2017). Historical Dictionary of Malaysia (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Maryland: Rowman & Littlefield. ISBN 978-153-810-885-7. LCCN 2017033797.CS1 maint: ref=harv (link)
- Antologi Cerpen MALAYSIA–TAIWAN. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2014. ISBN 978-983-430-525-3.