Malaysia di Sukan Olimpik

Malaysia mula menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1964, dan semenjak itu sentiasa menghantar atletnya ke setiap temasya Sukan Olimpik Musim Panas, kecuali pada tahun 1980 apabila menyertai pemboikotan Sukan Olimpik Musim Panas 1980. Malaysia juga menghantar atletnya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk bermula tahun 2018.

Malaysia di
Sukan Olimpik
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
Laman sesawangwww.olympic.org.my (dalam bahasa Inggeris)
Pingat
Kedudukan ke-114
Emas
0
Perak
8
Gangsa
5
Jumlah
13
Penampilan Musim Panas
Penampilan Musim Sejuk
Penampilan lain yang berkaitan
 Borneo Utara (1956)
 Singapura (1948–1960; 1968–kini)
Tanah Melayu Persekutuan Tanah Melayu (1956-1960)

Pada mulanya, pasukan negara ini bertanding sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya (MAL) pada 1956 dan 1960, Borneo Utara menghantar pasukan sendiri pada 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960. Setelah ketiga-tiga jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Kemudian, Singapura merdeka dari Malaysia pada 1965 lantas terus bertanding sebagai Singapura bermula dari tahun 1968 dan seterusnya.

Semenjak memenangi pingat pertama di temasya Barcelona 1992, Malaysia hanya meraih pingat dari acara badminton, sehinggalah Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dari acara terjun pada temasya London 2012. Malaysia juga mula meraih pingat dalam acara lumba basikal pada tahun 2016 menerusi Azizulhasni Awang.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Malaysia diasaskan pada tahun 1953 sebagai Majlis Olimpik Persekutuan Tanah Melayu dan menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954.

Pungutan pingat

sunting

Sukan Olimpik Musim Panas

sunting
Sukan Atlet Emas Perak Gangsa Jumlah Ked.
  Melbourne 1956 Sebagai   Persekutuan Tanah Melayu dan   Borneo Utara
  Rom 1960 Sebagai   Persekutuan Tanah Melayu
  Tokyo 1964 62 0 0 0 0 -
  Bandar Raya Mexico 1968 31 0 0 0 0 -
  Munich 1972 45 0 0 0 0 -
  Montreal 1976 23 0 0 0 0 -
  Moscow 1980 tiada penyertaan
  Los Angeles 1984 21 0 0 0 0 -
  Seoul 1988 9 0 0 0 0 -
  Barcelona 1992 26 0 0 1 1 54
  Atlanta 1996 35 0 1 1 2 58
  Sydney 2000 40 0 0 0 0 -
  Athena 2004 26 0 0 0 0 -
  Beijing 2008 32 0 1 0 1 70
  London 2012 29 0 1 1 2 63
  Rio de Janeiro 2016 32 0 4 1 5 60
  Tokyo 2020 30 0 1 1 2 74
  Paris 2024 acara akan datang
  Los Angeles 2028
Jumlah 0 8 5 13 114

Sukan Olimpik Musim Sejuk

sunting
Sukan Atlet Emas Perak Gangsa Jumlah Ked.
  Pyeongchang 2018 2 0 0 0 0 -
  Beijing 2022 2 0 0 0 0 -
  Milan–Cortina 2026 acara akan datang
Jumlah 0 0 0 0 -

Pingat acara sukan musim panas

sunting
Sukan Emas Perak Gangsa Jumlah
Badminton 0 6 3 9
Terjun 0 1 1 2
Lumba basikal 0 1 1 2
Jumlah 0 8 5 13

Pingat acara sukan pertunjukan

sunting
Sukan Emas Perak Gangsa Jumlah
Wushu 0 2 3 5
Badminton 0 1 0 1
Taekwondo 0 0 1 1
Jumlah 0 3 4 7

Senarai pemenang pingat

sunting
  •      Pemenang pingat sukan pertunjukan
Pingat Nama Temasya Sukan Acara
  Perak Ng Boon Bee
Punch Gunalan
  Munich 1972   Badminton Beregu lelaki
  Gangsa Hii King Hung   Barcelona 1992   Taekwondo Bantamweight (47-51 kg)
  Gangsa Razif Sidek
Jalani Sidek
  Barcelona 1992   Badminton Beregu lelaki
  Perak Cheah Soon Kit
Yap Kim Hock
  Atlanta 1996   Badminton Beregu lelaki
  Gangsa Rashid Sidek   Atlanta 1996   Badminton Perseorangan lelaki
  Perak Lim Yew Fai   Beijing 2008   Wushu Jianshu/Qianshu lelaki
  Perak Chai Fong Ying   Beijing 2008   Wushu Taijiquan/Taijijian lelaki
  Gangsa Pui Fook Chien   Beijing 2008   Wushu Nanquan/Nangun lelaki
  Gangsa Chai Fong Wei   Beijing 2008   Wushu Daoshu/Gunshu wanita
  Gangsa Diana Bong Siong Lin   Beijing 2008   Wushu Nanquan/Nandao wanita
  Perak Lee Chong Wei   Beijing 2008   Badminton Perseorangan lelaki
  Perak Lee Chong Wei   London 2012   Badminton Perseorangan lelaki
  Gangsa Pandelela Rinong Pamg   London 2012   Terjun Platform 10 meter wanita
  Perak Pandelela Rinong Pamg
Cheong Jun Hoong
  Rio 2016   Terjun Platform 10 meter seirama wanita
  Gangsa Azizulhasni Awang   Rio 2016   Lumba basikal Keirin trek berbasikal lelaki
  Perak Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
  Rio 2016   Badminton Beregu campuran
  Perak Goh V Shem
Tan Wee Kiong
  Rio 2016   Badminton Beregu lelaki
  Perak Datuk Lee Chong Wei   Rio 2016   Badminton Perseorangan lelaki
  Gangsa Aaron Chia
Soh Wooi Yik
  Tokyo 2020   Badminton Beregu lelaki
  Perak Azizulhasni Awang   Tokyo 2020   Lumba basikal Keirin trek berbasikal lelaki


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
  • "Malaysia". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 27 Julai 2021.
  • "Malaysia". Olympedia.com.
  • "Olympic Analytics/MAS". olympanalyt.com.
  • "Malaya". Olympedia.com.
  • "Olympic Analytics/MAL". olympanalyt.com.
  • "North Borneo". Olympedia.com.
  • "Olympic Analytics/NBO". olympanalyt.com.