Malaysia di Sukan Asia Tenggara 2009

Malaysia bertanding dalam Sukan Asia Tenggara 2009 yang diadakan di Vientiane, Laos dari 8 hingga 18 Disember 2009. Malaysia bertanding 21 daripada 25 sukan itu yang terdiri daripada 197 atlet lelaki dan 151 atlet wanita, 154 pegawai lelaki dan 28 pegawai wanita. Dr. Ramlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara merupakan Chef de Mission Malaysia. Kontinjen Malaysia memenangi 40 pingat emas, 40 perak dan 59 gangsa untuk menduduki tempat keempat dalam kedudukan pingat. Prestasi cemerlang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak lelaki yang memenangi pingat emas selepas 20 tahun dan pasukan badminton wanita dalam acara berpasukan selepas 34 tahun. Daniel Bego telah dipilih sebagai Atlet Lelaki Terbaik Sukan SEA ke-25 memenangi lima pingat emas dan satu pingat gangsa.

Malaysia di
Sukan Asia Tenggara 2009
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
Laman sesawangwww.olympic.org.my (dalam bahasa Inggeris)
di Vientiane
Peserta348 dalam 21 sukan
Pembawa benderaYeoh Ken Nee
Pingat
Kedudukan ke-4
Emas
40
Perak
40
Gangsa
59
Jumlah
139
Pegawai121
Penampilan Sukan Asia Tenggara (keseluruhan)

Ringkasan pingat

sunting

Pingat mengikut sukan

sunting
Sukan Emas Perak Gangsa Jumlah Kedudukan
  Memanah 1 3 2 6 2
  Olahraga 6 6 4 16 5
  Badminton 2 2 5 9 2
  Biliard dan snuker 0 2 1 3 6
  Tinju 2 0 1 3 3
  Lumba basikal 0 1 2 3 4
  Terjun 6 1 2 9 1
  Bola sepak 1 0 0 1 2
  Golf 0 0 2 2
  Judo 0 1 3 4
  Karate 5 6 2 13
— Pencak silat 4 0 6 10
  Petanque 0 2 1 3
  Sepak takraw 0 1 1 2
  Menembak 0 6 5 11
  Renang 9 5 6 20 2
  Ping pong 0 0 3 3 4
  Taekwondo 1 0 6 7 7
  Tenis 0 0 1 1 4
  Bola tampar 0 0 1 1 4
  Angkat berat 0 3 2 5 6
  Wushu 3 1 3 7 3
Jumlah 40 40 59 139 4

Pemenang pingat

sunting

Rujukan

sunting