Malas besar (burung)

Malas besar (Nyctibius grandis) ialah spesies burung malas terbesar dan taburannya meluas di Amerika Tengah dan Selatan.

Malas besar
di Apiacás, Mato Grosso, Brazil
Mengenai audio iniSeruan 
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Nyctibiiformes
Keluarga: Nyctibiidae
Genus: Nyctibius
Spesies:
N. grandis
Nama binomial
Nyctibius grandis
(Gmelin, JF, 1789)

Sama seperti burung hantu, spesies tersebut bersifat nokturnal. Ia memangsa serangga besar dan vertebrata kecil, yang ditangkap dengan menyambar dari tenggeran tinggi.

Mungkin ciri yang paling terkenal ialah geram erangannya yang unik yang disuarakan sepanjang malam, mewujudkan suasana yang meresahkan di Neotropik dengan bunyian malamnya.[2]

Taksonomi

sunting

Malas besar rasminya diperihalkan pada tahun 1789 oleh naturalis Jerman Johann Friedrich Gmelin dalam edisi semakan dan diperluaskan Systema Naturae Carl Linnaeus. Beliau menyusunkannya bersama semua spesies yang seperti burung tukang dalam genus Caprimulgus dan mencipta nama binomial Caprimulgus grandis.[3] Malas besar kini merupakan salah satu daripada tujuh spesies malas yang diletakkan dalam genus Nyctibius yang diperkenalkan pada tahun 1816 oleh pakar ornitologi Perancis Louis Jean Pierre Vieillot.[4][5] Nama genusnya berasal dari nuktibios Yunani Purba yang bermaksud "kehidupan malam", dari nux "malam" dan bios "kehidupan".[6] Spesies tersebut ialah ekajenis: tiada subspesies yang diiktiraf.[5]

Pemerihalan

sunting
 
Malas besar, Nyctibius grandis

Malas besar mempunyai kepala yang besar berbanding badannya. Matanya juga sangat besar dengan iris berwarna perang hingga kuning dan mempunyai paruh yang pendek tetapi lebar. Sayapnya berbentuk elips dan ekornya memanjang. Warna pelepahnya berbeza-beza, termasuklah putih, kelabu, hitam, dan merah kundang. Warna ekornya sepadan dengan warna badannya kecuali sorot putih yang boleh dilihat melintasi ekor secara menyamping.

  • Julat jisim: 360 hingga 650 g (13 hingga 23 oz)
  • Julat panjang: 480 hingga 600 mm (19 hingga 24 in)
  • Julat lebar sayap: 700 hingga 804 mm (27.6 hingga 31.7 in)
  • Purata lebar sayap: 734.8 mm (28.93 in)

Taburan dan habitat

sunting

Julatnya dari selatan Mexico melalui timur laut Guatemala dan melalui kebanyakan kawasan Amerika Tengah ke bawah melalui Amerika Selatan sejauh tenggara Brazil dan Bolivia.[7]

Secara amnya, taburan habitat malas besar adalah di sekitar hutan lembap hingga separa lembap. Walaupun spesies tersebut tersebar luas secara geografi, terdapat sedikit atau tiada kelainan penampilannya seperti saiz atau buluan.[2] Malas besar ditemui kebanyakannya di hutan tanah pamah tebal, pinggir hutan, dan kawasan lapang. Ia juga mungkin merayau ke kaki bukit (sehingga ketinggian kira-kira 1,500 m), pertumbuhan kedua, hutan kayu terbuka (termasuk perladangan) dan kadangkala dilihat di sekitar padang rumput, tetapi ia sentiasa memerlukan pokok untuk bertengger secara penyamaran.

Pada waktu siang, ia biasanya ditemui bertengger atau bersarang biasanya lebih tinggi daripada 12 meter atas paras tanah dalam kalangan pokok-pokok besar. Cabang yang ia pilih untuk bertengger biasanya berdiameter hampir 20 hingga 30 sentimeter. Pada waktu malam, ia boleh pergi ke tenggeran yang lebih rendah setinggi 1.5 meter atas tanah sebagai pangkalan ia memburu.[8]

Tingkah laku

sunting

Pemangsa nokturnal tersebut biasanya dilihat bertengger tinggi atas paras tanah semasa mencari makan, menghelang apabila mangsa dikesan. Selepas menerkam, ia selalunya akan kembali ke tenggeran sebelumnya. Biasanya, pada siang hari ia bertengger tegak di atas tunggul pokok, dan diabaikan kerana ia menyerupai sebahagian daripada tunggul tersebut; perlakuan tersebut ialah kaedah penyamarannya, bukan hanya dengan pewarnaan, tetapi penyamaran berdasarkan latar. Malas besar boleh ditemui pada waktu malam dengan pantulan cahaya dari matanya kerana ia bertengger menegak pada tiang, tenggeran, atau batang pokok bersudut.[9] Malas besar ialah makhluk yang pemalu dan suka menyendiri.

Pembiakan

sunting

Musim pembiakannya telah dirakamkan sebagai biasanya dari Februari hingga Ogos, tetapi bergantung pada bahagian julatnya, burung yang bermusim membiak boleh ditemui hampir sepanjang tahun.[10] Sarangnya ialah lekukan kecil pada dahan pokok yang tebal,[11] sekurang-kurangnya 10 m (33 ka) atas paras tanah, dengan sebiji telur putih (bertompok sedikit) berukuran kira-kira 5.2 cm × 3.8 cm (2.0 in × 1.5 in). Beberapa butiran diketahui tentang tingkah laku eramannya, tetapi kira-kira sebulan berlalu sebelum anak dilihat bersendirian di sarang. Seekor anak berumur beberapa hari mempunyai berat 220 g (7.8 oz).[8] Selepas kira-kira 5 minggu, anak sarangan bersaiz dua pertiga berbanding dewasa, tetapi dengan susuk yang lebih ringan, buluan pucat, ekor yang lebih pendek, dan paruh yang lebih kecil dengan bulu kejur mulut yang lebih sedikit. Tempoh anak mudanya mula terbang mestilah sekurang-kurangnya 2 bulan. Selepas tempoh masa tersebut, anak-anaknya tidak kembali ke tapak sarang.[8]

Walaupun malas dewasa berkemungkinan mempunyai sedikit pemangsa semulajadi, pemangsaan telurnya, anak sarangannya, dan anak mudanya tampaknya bukan sesuatu yang luar biasa. Malas dewasa tinggal berhampiran sarang sepanjang hari dan bergantung pada penyamaran untuk melindungi anaknya. Pemangsa sarang malas besar di Costa Rica, walaupun tidak disahkan, termasuklah monyet seperti lolong bermantel, monyet lelabah Geoffroy, dan kapucin kepala putih serta tayra dan falkon hutan berkolar.[12]

Pemakanan

sunting

Mangsanya kebanyakannya terdiri daripada serangga besar yang boleh terbang, terutamanya kumbang besar, katydid, dan Orthoptera (termasuk cengkerik dan belalang). Kelawar dan burung juga dimangsa sekali-sekala. Malas besar mengambil kesempatan waktu malam dan penyamaran semulajadinya dengan menunggu di atas tenggeran yang terdedah sehingga beberapa mangsa terbang berlalu, di mana ia melesat keluar ke arah mangsa dan kembali ke dahan bersamanya. Selalunya burung spesies tersebut akan menggunakan tenggeran memburu yang sama setiap malam.[13]

Status pemuliharaan

sunting

Disebabkan julatnya yang besar, malas besar dilihat sebagai spesies yang kurang membimbangkan, menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN). Malas besar biasanya diperihalkan sebagai "tidak biasa ditemui", tetapi kerap ditemui di kawasan hutan yang kurang terganggu dan sering didapati jarang ditemui di sepanjang sisi julatnya. Pembukaan hutan ialah satu-satunya ancaman pemuliharaan yang diketahui untuk burung tersebut.

Kesan manusia

sunting

Penduduk tempatan di kawasan luar bandar Brazil kadangkala menggunakan malas sebagai sumber makanan kecil, kerana ia tidak menawarkan banyak daging dan sukar ditemui. Di kawasan-kawasan tersebut, pelepahnya dipercayai mempunyai kuasa untuk memberikan kesucian, maka ia diburu untuk bahagian tubuhnya, yang digunakan untuk melakukan upacara. Ia juga dipercayai bahawa bahagian tubuhnya menangkis godaan. Malas takut akan kebanyakan penduduk tempatan akibat diburu.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ BirdLife International (2020). "Nyctibius grandis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22689636A163599353. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22689636A163599353.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ a b c "Overview - Great Potoo (Nyctibius grandis) - Neotropical Birds". neotropical.birds.cornell.edu. Dicapai pada 2015-10-29.
  3. ^ Gmelin, Johann Friedrich (1789). Systema naturae per regna tria naturae : secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1, Part 2 (ed. 13th). Lipsiae [Leipzig]: Georg. Emanuel. Beer. m/s. 1029.
  4. ^ Vieillot, Louis Jean Pierre (1816). Analyse d'une Nouvelle Ornithologie Élémentaire (dalam bahasa French). Paris: Deterville/self. m/s. 38.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (January 2022). "Frogmouths, Oilbird, potoos, nightjars". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 8 July 2022.
  6. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 277. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  7. ^ Rangel-Salazar, J.L.; Vega-Rivera, J.H. (1989). "Two new records of birds for southern Mexico". Condor. 91 (1): 214–215. doi:10.2307/1368168. JSTOR 1368168.
  8. ^ a b c Haverschmidt, F. (1948). "Observations on Nyctibius grandis in Surinam". Auk. 65: 30–33. JSTOR 4080222.
  9. ^ Vanderwerf, E. (1988). "Observations on the nesting of the great potoo (Nyctibius grandis) in central Venezuela". The Condor. 91: 214–215. JSTOR 1368858.
  10. ^ E.g. an attended nest at Tiputini Biodiversity Station, Ecuador, in late December 1999 (Cisneros-Heredia 2006).
  11. ^ E.g.
  12. ^ Young, B.; Zook, J. (1999). "Nesting of four poorly-known bird species on the Caribbean slope of Costa Rica" (PDF). Wilson Bulletin. 111: 124–128. JSTOR 4164041.
  13. ^ Cohn-Haft, M. (1999). "Family Nyctibiidae (Potoos)". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J. (penyunting). Handbook of the Birds of the World. 5: Barn-owls to Hummingbirds. Barcelona, Spain: Lynx Edicions. m/s. 288–301. ISBN 978-84-87334-25-2. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  • Borerro, J. 1974. Notes on the structure of upper eyelid of potoos.. The Condor, 76: 210–211.
  • Land, H., W. Schultz. 1963. A proposed subspecies of the Great Potoo, Nyctibius grandis. Auk, 80: 195–196.
  • Cisneros-Heredia, Diego F (2006). "Notes on breeding, behaviour and distribution of some birds in Ecuador". Bull. B.O.C. 126 (2): 153–164.
  • Holyoak, D.T. (2001): Nightjars and their Allies: the Caprimulgiformes. Oxford University Press, Oxford, New York. ISBN 0-19-854987-3ISBN
  • Adams, Kimberly. 2011. Great Potoo (Nyctibius grandis), Neotropical Birds Online (T. S. Schulenberg, Editor). Ithaca: Cornell Lab of Ornithology; retrieved from Neotropical Birds Online: http://neotropical.birds.cornell.edu/portal/species/overview?p_p_spp=222936