Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah

Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah (singkatan: MRSM Musha) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Muadzam Shah, Pahang.

Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah
مکتب رنده ساءين س مارا معظم شاه
Lokasi
Jalan Persiaran Dara
Muadzam Shah, 26700, Pahang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Muadzam Shah MRSM MuSha
Jenis sekolahPendidikan menengah
Ditubuhkan1995
StatusBeroperasi
PengetuaPn Syarimasni Binti Shamsuddin
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En.Adnan Bin Deranan
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
Pn.Rahailin Binti Salini
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En.Azizul Rahman bin Awang Mahrum
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganPassion Drives Excellence
Nama alumniANSARA Muadzam
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Sejarah

sunting

Sejarah Penubuhan Maktab

sunting

Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah atau lebih dikenali sebagai MRSM MUSHA (MRSM Muadzam Shah) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mrsm ini terletak di bandar Muadzam Shah dalam Mukim Keratong, Daerah Rompin. Berkeluasan sebanyak 33.1 ekar membuatkan MRSM Muadzam Shah sesuai dijadikan sebagai salah satu institusi pendidikan. Lokasi sekolah ini yang bersempadan dengan negeri-negeri berdekatan telah menjadikan sekolah ini strategik dan menjadi pilihan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di sini. MRSM Muadzam Shah terletak kira-kira 80 KM dari bandar Segamat, 95 KM dari pekan Bahau dan 115 KM dari bandar Kuantan. Pada awal penubuhan MRSM Muadzam Shah ini iaitu pada tahun 1995, MRSM ini hanya melibatkan sistem pendidikan Menengah Rendah sahaja, iaitu, seramai 136 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftarkan diri mereka pada bulan Oktober 1995. Pelajar ini merupakan pelajar generasi pertama bagi MRSM Muadzam Shah. Mulai tahun 2000, sistem pendidikan MRSM Muadzam Shah telah berubah dan telah dijadikan sebagai MRSM berstatus penuh yang melibatkan kesemua tingkatan. Pengambilan pelajar pertama melibatkan seramai 144 orang pelajar tingkatan 4 pada tahun 1999.

Infrasturktur Awal

sunting

Rentetan itu, pembesaran beberapa buah bangunan MRSM Muadzam Shah pada 1997 telah dilakukan bagi menampung kapasiti pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di sini. Pada 31 Mac 2001, bangunan MRSM Muadzam Shah akhirnya siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh KDYMM Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah. Majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah MARA, Pengarah BPLM, Ahli Parlimen Rompin dan barisan Pengetua-pengetua MRSM. Penubuhan MRSM Muadzam Shah adalah seiring dengan visi dan misi MRSM dalam menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia serta melahirkan pelajar bumiputera yang berpotansi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Senarai Pengetua Yang Pernah Berkhidmat

sunting

Seperti di maktab-maktab yang lain, MRSM Muadzam Shah ini diketuai oleh seorang pengetua yang melaksanakan peranannya seperti apa yang telah digariskan. Sehingga 2021, sekolah ini mempunyai tujuh (7) orang pengetua. Berikut merupakan senarai pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di MRSM Muadzam Shah sehingga kini. 1. En. Wan Mohd Yusoh Bin Wan Ali (22 Jun 1995 sehingga 08 Mei 2001) 2. En. Md. Rahim Bin Salim (09 Mei 2001 sehingga 31 Disember 2002) 3. Pn. Hjh Sempawan Binti Shafiei (01 Februari 2002 sehingga 31 Disember 2004) 4. Pn. Siti Fatimah Binti Hassan (03 Januari 2005 sehingga 31 Oktober 2007) 5. En. Che Mohd Fauzi Bin Che Omar (01 November 2007 sehingga 11 Mac 2011) 6. En. Ahmad Kamal Bin Abu Bakar (14 Mac 2011 sehingga 29 April 2016) 7. Tn. Hj Fazli Bin Abu Bakar (03 Mei 2016 sehingga )

Fasiliti MRSM Muadzam Shah

sunting

Pusat Sumber Pembelajaran

sunting

Pusat Sumber Baitul Hikmah merupakan tempat pelajar mencari sumber ilmu pengetahuan.

Kawasan Riadah

sunting

✔ Padang Bola / Ragbi / Hoki

✔ Gelanggang Badminton

✔ Gelanggang Tenis

✔ Gelanggang Futsal

✔ Gelanggang Bola Jaring

Makmal

sunting

✔ Makmal Komputer

✔ Makmal Sains

✔ Makmal Fizik / Kimia / Biologi

✔ Bengkel RBT

Dewan Selera & Kafeteria

sunting

MRSM Muadzam Shah mempunyai sebuah Dewan Selera dan sebuah Kafetaria yang sangat selesa.

Surau Al-Faizin MRSM Muadzam Shah dapat menampung 800 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Pengangkutan

sunting

MRSM Muadzam Shah mempunyai kenderaan rasmi iaitu sebuah Bas dan 2 buah Van.

Lagu rasmi MRSM Muadzam Shah

sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan

sunting


Lihat juga

sunting