Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai
Koordinat: 5°30′11″N 102°13′08″E / 5.50308°N 102.21885°E
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai (singkatan: MRSM Kuala Krai) ialah sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ia terletak di tepi Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang, dekat Kampung Padang Sembilan, dalam jajahan Kuala Krai di negeri Kelantan. Ia telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil 20 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan yang berakar umbi dari Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera tahun 1965 dan 1968. Seterusnya dalam usaha MARA untuk melahirkan cendiakawan bumiputera yang maju dan berdaya saing dalam era teknologi maklumat ini, sebuah demi sebuah MRSM telah ditambah dan dikembangkan operasinya. Maka, dalam Rancangan Malaysia Ke-7 sebuah lagi penubuhan MRSM di negeri Kelantan telah diluluskan iaitu MRSM Kuala Krai.
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai مكتب رنده ساءين س مارا كوالا كراي | |
---|---|
Alamat | |
Kampung Padang Sembilan LP 8 Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang Kuala Krai, 18000, Kelantan Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Februari 2002 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | Ismail Bin Deraman |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Rosnan bin Abdullah |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | Afandi bin Abdullah |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Premier |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Sepakat, Hebat, Berkat |
Nama alumni | ANSARA Kuala Krai |
Laman sesawang | kkrai |
Kali terakhir dikemaskinikan: Febuari 2024 |
Sejarah
suntingPenubuhan maktab
suntingCadangan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA, di atas Lot 1624/B, Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim telah direalisasikan dengan penyerahan pembinaan kepada kontraktor Kubang Batang Puspasari Sdn. Bhd. pada 25 September 1999. Pembinaan ini dijangka siap pada 20 April 2001 namum di atas sebab-sebab tertentu maktab ini mula beroperasi pada 1 Februari 2002. Upacara perasmian maktab ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Tunku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 9 Jun 2003 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1424H secara gilang gemilang. Kini kampus MRSM Kuala Krai megah di tepi lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang, bertentangan dengan Kampung Rahmat dan berjiran dengan Sekolah Menengah Ugama (A) Rahmaniah. Sebagai perintis, warga maktab ini terdiri daripada seorang Pengetua, dua orang Penolong Pengetua, seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan, 27 orang guru dan 10 orang kakitangan sahaja. Kemasukan pelajar pertama ke maktab ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2 dari MRSM Jeli iaitu pada 10 Mac 2002. Diikuti pula kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada 18 Mac 2002 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 pada 25 Mac 2002.
Kini, maktab ini memenuhi kapasiti pelajar berjumlah 766 orang. MRSM Kuala Krai ini diterajui oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh dua orang Penolong Pengetua, seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan ,50 orang guru dan 27 orang kakitangan.
Kemudahan
suntingAkademik dan pentadbiran
suntingKemudahan di MRSM ini termasuklah ruang pejabat: sebuah bilik Pengetua, 2 buah bilik Pen. Pengetua, sebuah bilik Pen. Pegawai Tadbir Kanan, sebuah bilik mesyuarat dan ruang kaunter pejabat, Dewan Sri Mara, sebuah dewan seminar,
Penginapan pelajar
suntingBagi menampung penginapan pelajar-pelajar sepanjang sesi persekolahan, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan. Bagi aktiviti kerohanian dan kebajikan, surau boleh memuatkan 800 orang jemaah pada satu masa. Sick bay atau bilik rehat boleh memuatkan 30 orang pesakit, kedai koperasi mempunyai ruang dobi & kedai runcit. Terdapat 2 blok asrama lelaki & 2 blok asrama perempuan, 25 buah kelas pembelajaran, 1 unit rumah pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 16 buah rumah guru, 1 unit rumah ketua warden, 12 rumah warden & 6 unit rumah IMG. Terdapat juga Dewan Selera di mana pelajar-pelajar menikmati makanan yang telah disediakan.
Sukan dan rekreasi
suntingBagi menampung aktiviti berkaitan program pembangunan bakat[1], kokurikulum dan jasmani, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar dan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Antaranya ialah 4 buah gelanggang tenis, 2 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola jaring, 1 gelanggang hoki, 1 gelanggang futsal, 1 gelanggang bola keranjang dan sebuah padang bola sepak untuk aktiviti riadah.
Rujukan
sunting- ^ "MAKTAB RENDAH SAINS MARA". MARA. Dicapai pada 24 November 2022.