Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra

Koordinat: 5°48′17″N 102°35′26″E / 5.80478°N 102.59054°E / 5.80478; 102.59054

Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra (singkatan: MRSM Kota Putra) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di pinggir Pantai Bukit Kluang, Besut, Terengganu. MRSM Kota Putra merupakan MRSM ke-24 yang telah ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan merupakan MRSM pertama menawarkan program Ulul Albab pada tahun 2009 diikuti dengan penambahan program IGCSE pada tahun 2011 sehingga 2016. Program Ulul Albab merupakan satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada, Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.

Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra
مكتب رنده ساءين س مارا كوتا ڤوترا
Lokasi
Jalan Bukit Keluang
Besut, 22200, Terengganu
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Kota Putra
MRSM KP
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJanuari 1998
StatusBeroperasi
PengetuaTn. Hj. Kadir bin Hj. Dewa
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Noraini binti Hassan
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
Dr. Mohd Razi bin Yahya
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Mohamad Azli bin Mohamad Alip
Sistem pendidikanSPMRSM Program Ulul Albab
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganExtraordinary Excellence
Nama alumniANSARA Kota Putra
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Objektif penubuhan Program Ulul Albab ini diharap dapat melahirkan ahli profesional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab. Sebagai tambahan, Sistem Pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM. Selain mengambil Peperiksaan PT3 (Tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 5), mereka juga akan mendapat Sijil Tahfiz Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jika memenuhi syarat yang ditetapkan. MRSM Kota Putra terletak 15KM dari Bandar Jerteh dan 3KM dari Pusat Pentadbiran Daerah Besut di Kampung Raja. Kapasiti maksimum pelajar seramai 800 orang pelajar pada satu-satu masa.

Sejarah

sunting

Penubuhan maktab

sunting

MRSM Kota Putra mula beroperasi pada 1 Januari 1998. Pengetua dan kakitangan bukan akademik telah melapor diri di Institut Kemahiran MARA Besut (IKM Besut) pada 1 November 1997 manakala guru-guru mula melapor diri pada 1 Januari 1998 seramai 23 orang. Kumpulan pertama pelajar mendaftar pada 16 Februari 1998 seramai 340 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4.

Antara keistimewaan dan ciri-ciri unik yang terdapat di MRSM Kota Putra ialah keluasannya sebesar 262813 meter persegi dengan kedudukannya yang menarik di pinggir Laut China Selatan dan terletak di kawasan yang nyaman dan kondusif. Selain itu, rupa bentuk bangunan akademik atau asrama berbeza berbanding dengan MRSM yang lain kerana pada awalnya projek ini adalah kepunyaan Yayasan Pelajaran MARA yang ingin menempatkan para pelajar bagi program lepasan SPM. Pada tahun 1999, pelajar telah bertambah seramai 450 orang dan guru seramai 34 orang.

Dengan memakai nama MRSM Besut pada mulanya, ia kemudian ditukar kepada MRSM Kota Putra bagi mengelakkan kekeliruan dengan sebuah lagi MRSM iaitu MRSM Yayasan Terengganu (YT) Besut. Pada tahun 2003, blok bangunan akademik dan blok asrama puteri baru telah disiapkan dan MRSM Kota Putra telah menerima pelajar Tingkatan 1 seramai 116 orang yang mula mendaftar pada 3 Ogos 2003.


Lagu rasmi

sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan

sunting


Lihat juga

sunting