Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru
Koordinat: 1°31′17″N 103°53′37″E / 1.52132°N 103.89349°E
Maktab Rendah Sains MARA (singkatan: MRSM ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.
Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru مكتب رنده ساءين س مارا جوهر بهرو | |
---|---|
Alamat | |
Bandar Seri Alam Jalan Persiaran Sinaran Ilmu Masai, 81750, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Johor Bahru |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Mohd Hashim bin Norpiah |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Mushala binti Ahmad |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Noorsuhaily bin Ali@Md Noor |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Bazli |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Beyond Excellence |
Nama alumni | ANSARA Johor Bahru |
Laman sesawang | jbahru |
Bangunan akademik MRSM Johor Bahru | |
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022 |
Jawatankuasa
suntingBadan Wakil Pelajar
suntingBadan Wakil Pelajar (BWP) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di semua MRSM Se-Malaysia untuk menilai pemimpin yang mampu menuju maktab ke arah yang lebih berkembang maju serta cemerlang melalui kebolehan terpendam pelajar. Organisasi ini juga merupakan salah satu jawatan paling berprestij dan penting di MRSM Johor Bahru. Badan Wakil Pelajar telah dipilih melalui beberapa fasa untuk menguji kemahiran, kepintaran dan kepimpinan dalam mengendalikan sistem yang terdapat di maktab. Fasa tersebut merupakan pilihanraya yang wajib disertai oleh semua warga MRSM Johor Bahru, termasuk pelajar-pelajar serta guru. Proses ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) MRSM Johor Bahru. Intipati yang ditunjukkan oleh setiap wakil yang dilantik adalah kunci untuk memupuk persekitaran yang ideal kepada pelajar dan guru.
REDEX
suntingREDEX, atau dikenali sebagai "Sidang Redaksi Maktab" merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan oleh Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru. Pelajar terpilih diceburi dengan bakat mengambil foto serta penyuntingan video — seperti acara dan persembah dengan tujuan untuk dipaparkan di dalam majalah sekolah "The Frontier".
Lembaga Disiplin Pelajar
suntingDitubuhkan bagi membantu Badan Wakil Pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid. Lembaga Tatatertib Pelajar atau nama sebenar di MRSM JB ialah Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) akan memikul tanggungjawab untuk mendidik atau menjadi contoh kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah. Lembaga Disiplin Pelajar sentiasa memastikan tiada kes disiplin berlaku.
Lembaga Kebajikan dan Asrama
suntingMRSM Johor Bahru juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diberi nama sebagai Lembaga Kebajikan Asrama (LEKAS),atau Lembaga Disiplin Asrama (LDPA). Mereka diberi amanah untuk mengawal dan menjaga asrama. Mereka merupakan ketua bagi pelajar-pelajar semasa di blok asrama. Selain dari menjaga asrama mereka juga harus memastikan kebersihan asrama dan bilik-bilik pelajar terjamin. Kebersihan bilik juga merupakan suatu sikap yang perlu dipupuk dalam diri pelajar agar menjadi seorang yang menjaga kebersihan.
Badan Dakwah dan Rohani
suntingBadan Dakwah dan Rohani (BADAR) suatu nama yang dicipta untuk memimpin pelajar untuk menjadi seorang yang beriman dan beramal. BADAR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan pelajar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Surau merupakan tempat dimana BADAR perlu memainkan peranan yang besar untuk membimbing pelajar agar lebih meminati agama serta menjadi muslim yang sejati.
Galeri
sunting-
Permandangan Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru
-
Perpustakaan Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru
Lagu Maktab
sunting♪
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
♪
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
♪
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
♪
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
sunting