Makmal Kimiabumi Ipoh,

Lokasi
Kompleks BPT Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Nombor sekolah6055406000
Faks6055406100
Laman sesawang



Makmal Kimiabumi Ipoh, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) merupakan salah fasiliti makmal yang ada di Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Ia merupakan antara cabang dalam organisasi Jabatan yang terkemuka dalam memberi perkhidmatan analisis yang berkualiti.

Sejarah

sunting

Penubuhan Makmal Kimiabumi Ipoh pada mulanya adalah bagi memberi kemudahan analisis berkualiti bagi tujuan eksplorasi mineral yang dijalankan oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaya atau 'Geological Survey of Malaya"(GSM). Pada awal tahun 1900 makmal kimia ini memulakan operasinya di pejabat GSM yang betempat di Batu Gajah. Pada tahun 1957, hasil dari aktiviti perlombongan yang pesat di Lembah Kinta dan permintaan analisis yang banyak telah mnyebabkan operasi makmal kimiabumi dipindahkan ke bangunan GSM yang baru di Jalan Scrivenor.

Selepas beroperasi hampir 50 tahun dibangunan GSM Ipoh, menerusi program Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah diperuntukkan hampir RM 9 juta bagi tujuan Projek Menaik Taraf fasiliti makmal Kimiabumi Ipoh. Dengan batuan kerja dari kakitangan JMG dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kerja-kerja naik taraf yang mengambil masa 3 tahun telah berjaya menukar wajah makmal yang berusia 50 tahun tersebut ke sebuah makmal kimia serba moden dengan kelengkapan analisis terkini.

Disepanjang pengoperasiannya, makmal kimiabumi Ipoh telah memberi perkhidmatan analisis yang berkualiti, ia terbukti melalui pelbagai pengiktirafan diperingkat antarabangsa yang diperolehinya dari badan-badan profesional dan akreditasi. Makmal kimiabumi Ipoh juga seringkali dijadikan rujukan terutama untuk mendapatkan keputusan analisis berkualiti bagi tujuan kajian mahupun dalam penyediaan sampel rujukan (Reference Material). Antara organisasi yang pernah menggunakan khidmat JMG adalah BUREAU OF ANALYSED SAMPLES (BCS) semasa penyediaan sample reference bagi bijih timah (Tin Ore - BSC-SRM355) dibawah seliaan British Geological Survey.


Organisasi

sunting

Pada masa ini terdapat tuga unit yang beroperasi di makmal kimiabumi, Ipoh antaranya ialah

Unit Mineral Berlogam dan Aloi (MBA)

Unit Mineral Berlogam dan Aloi (MBA) diketuai oleh En. Baharuddin Bin Wannik berserta 3 orang pegawai kimiabumi dan 15 orang pegawai sokongan. Unit ini beroperasi di makmal MBA/MPI dan makmal XRF.

Makmal MBA memberi penumpuan dalam kerja-kerja analisis dan kajian berkaitan batuan berlogam dan aloi dengan menggunakan teknik 'fundamental wet analysis'. Antara jenis-jenis sampel yang dianalisa adalah pelbagai batuan bijih seperti bijih besi, bijih timah, bijih tembaga, mangan, bauksit dan pelbagai jenis logam dan panca logam (various metal and alloy products). Unit ini juga telah berjaya mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan khasnya dalam analisa ketulenan emas dan sokongan bagi tujuan aktiviti 'gold hallmarking'.

Makmal XRF ialah salah satu makmal instrumentasi berakreditasi yang memberi khidmat analisis kualitatif dan kuantitatif bagi pelbagai sampel mineral dan batuan. Mendapat sokongan dari Bruker-AXS dan Bruker-Bioscience Australia dalam kerja-kerja kajian dan pembentukan (R&D) methodologi analisis menggunakan teknik X-Ray Fluorescence Spectrometry (XRF).


Unit Mineral Perindustrian (MPI)

Unit Mineral Perindustrian diketuai oleh En. Mohd Ariff bin Omar yang juga bertindak sebagai 'Quality Manager'. Unit yang terdiri dari 4 orang pegawai kimiabumi dan 16 orang pegawai sokongan ini beroperasi di makmal MPI dan makmal teknologi lempung (Clay Lab).

Makmal MPI (Aktiviti Batu Kapur) beroperasi di makmal MPI aktiviti ini memberi penumpuan kepada kerja-kerja analisis dan kajian kualiti bagi sumber batu kapur dan produk-produk yang berkaitan dengannya. Ia merupakan sebuah aktiviti yang berkerja rapat dengan industri mineral perindustrian dengan menawarkan khidmat nasihat berkualiti dan latihan berkaitan penentuan kualiti bahan mentah dan produk yang dikeluarkan. Aktiviti ini juga bergiat aktif dalam kerja-kerja pembentukan teknik-teknik analisis baru yang bersesuaian dengan keperluan semasa.


Unit Batuan dan Air (BA)


Fasiliti Makmal

sunting

Bangunan makmal kimiabumi Ipoh dilengkapi dengan 4 makmal fasiliti iaitu makmal MBA/MPI, Makmal Air, Makmal Analisis Lempung (Clay Lab), Makmal Ujian Ketulenan Emas (Gold Lab) dan Makmal XRF (XRF Lab). Setiap makmal dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini bagi memnuhi keperluan analisis semasa.

MBA/MPI Lab

Makmal Air

Makmal Tekologi Lempung (Clay Lab)

Makmal Ujian Ketulenan Emas (Gold Lab)

Makmal XRF (XRF Lab)


Maklumat Lanjut

sunting

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi

Makmal Kimiabumi, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak.

No. Tel : +605-5406000