Makha
Makha (Arab: المخا, rumi: Al-Makhā , bahasa Inggeris: Mokha ) adalah sebuah bandar pelabuhan terletak di pesisiran Laut Merah negara Yaman.
Makha
المخا | |
---|---|
Koordinat: 13°19′13″N 43°15′00″E / 13.32028°N 43.25000°EKoordinat: 13°19′13″N 43°15′00″E / 13.32028°N 43.25000°E | |
Negara | Yaman |
Kegabenoran | Kegabenoran Taiz |
Daerah | Al-Makha |
Aras | 13 m (43 ft) |
Penduduk (2005) | |
• Jumlah | 16,794 |
Zon waktu | UTC+3 (Waktu Piawai Yaman) |
Tempat ini terkenal sebagai suatu lokasi pengedaran kopi terutamanya yang jenis Arabika ditanam dari pelbagai kawasan daratan semenanjung Arab dan dikumpulkan di pelabuhan ini untuk didagangkan di luar negeri.[1] Ia turut merupakan pelabuhan utama untuk ibu kota Yaman, Sanaa sebelum terganti kemudiannya pada abad ke-19 dengan Aden dan al-Hudaydah.
Kepentingan tempat ini dalam sejarah industri kopi dunia sangat tinggi sehingga mengesan dalam penamaan barangan berkaitan kopi kepada tempat ini (misalnya "teko Moka" dan minuman mocha latte).[1]
Ringkasan
suntingMocha adalah pelabuhan penting menuju India kerana dekatnya dengan Lautan Hindi.[2] Di Eropa, Mocha terkenal karena menjadi pasar utama kopi dari abad ke-15 sampai abad ke-17. Bahkan setelah sumber-sumber lain dari varian kopi yang ditemukan, jenis biji tersebut terus menjadi barang berharga untuk cita rasa khas sampai saat ini.
Menurut paderi Jesuit Jeronimo Lobo yang pernah belayar di Laut Merah pada tahun 1625, kota ini agak terbatas pengaruhnya tetapi berubah nasib dengan kedatangan kuasa Uthmaniyah ke atas seluruh tanah Arab di mana pihak sana menjadikan Makha kota utama wilayah "meskipun itu bukan kediaman Pasha." Lobo menambahkan bahawa pentingnya kota tersebut sebagai pelabuhan kerana aturan Uthmaniyah mewajibkan semua kapal yang memasuki Laut Merah harus berlabuh di sini sambil membayar wang cukai tampungan barangan didagangkan ke atas mereka.[3]
Perdagangan kopi
suntingMakha terkenal dalam kalangan orang Eropah sebagai pasar utama kopi dari abad ke-15 sampai abad ke-17. Bahkan setelah sumber-sumber lain dari varian kopi yang ditemukan, biji kopi yang ada di kota tersebut terus menjadi barangan mewah dalam kalangan penggemar kopi sampai saat ini.
Kota ini sangat bergantung pada biji kopi diimport oleh para pedagang Somali Barbari seberang Teluk Aden; para pedagang ini pula membeli sebahagian besar kopi dari pedalaman Harar jauh di tanah Habsyah. Catatan Kapten Haines yang merupakan pentadbir jajahan Aden (1839–1854) ada menyatakan kota ini pernah mengimport hingga dua pertiga kopi mereka dari pedagang yang berpusat di Barbarah sebelum diperolehi Aden pada abad ke-19.[4][5]
Rujukan
sunting- ^ a b Kat Eschner (29 September 2017). "Your Mocha is Named After the Birthplace of the Coffee Trade". Smithsonian Magazine. Dicapai pada 5 Oktober 2020.
- ^ Roberts, Edmund (1837). Embassy to the Eastern Courts of Cochin-China, Siam, and Muscat. New York: Harper & Brothers. m/s. 346.
- ^ Donald M. Lockhart, translator, The Itinerário of Jerónimo Lobo (London: Hakluyt Society, 1984), p.88
- ^ R. J., Gavin (1975). Aden Under British Rule, 1839-1967 (dalam bahasa Inggeris). C. Hurst & Co. Publishers. m/s. 53.
- ^ Hunter, Frederick (1877). An Account of the British Settlement of Aden in Arabia (dalam bahasa Inggeris). Cengage Gale. m/s. 41.