Makedonia Merdeka (1944)

Pada September 1944, Jerman Nazi berusaha menubuhkan Negara Merdeka Makedonia, iaitu negara boneka di dalam wilayah Kerajaan Yugoslavia yang telah dijajah oleh Kerajaan Beraja Bulgaria susulan dari pencerobohan Yugoslavia pada April 1941. Apabila bala tentera Soviet Union mendekati sempadan Bulgaria pada akhir Ogos 1944, Bulgaria mengisytiharkan dirinya berkecuali dan membuat perundingan dengan Pihak Sekutu Barat. Oleh kerana kerajaan Bulgaria tidak menghalang pengunduran tentera Jerman dari Bulgaria atau Romania, pihak Soviet Union telah berasa curiga. Pada 2 September, sebuah kerajaan baru pro-Barat mengambil alih di Sofia, tetapi digantikan seminggu kemudian oleh kerajaan pro-Soviet selepas berlaku pemberontakan yang dipimpin oleh Barisan Tanah Air.[1] Bagaimanapun, pada 5 September 1944, pihak Soviet mengisytiharkan perang terhadap Bulgaria.

Negara Merdeka Makedonia
Независима държава Македония
1944–1944
Bendera Independent State of Macedonia
Bendera
Map of the territory of Independent Macedonia.
StatusNegara boneka Jerman Nazi
Ibu negaraSkopje
Bahasa yang umum digunakanBulgarian (De Jure)
KerajaanRepublik
Pengerusi 
• 1944
Spiro Kitinchev
Era SejarahPerang Dunia II
• Didirikan
8 September 1944
• Dibubarkan
13 November 1944
Mata wangLev
Kod ISO 3166MK
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Beraja Bulgaria
Persekutuan Demokratik Yugoslavia

Pihak Jerman beralih pada Ivan Mihailov untuk melaksanakan komplot tersebut.[2] Mihailov merupakan ahli politik sayap kanan Bulgarophile dan mantan pemimpin Organisasi Revolusioner Internal Macedonia (IMRO) yang terlibat dalam aktiviti pengganas di Yugoslav dan Macedonia Greece. Mihailov menjadi pemimpin IMRO pada tahun 1927 dan dibawah kepimpinannya organisasi itu bergabung dengan Ustaše Croatia pada tahun 1929.[3] Kedua-dua organisasi itu telah merancang dan melaksanakan pembunuhan Raja Alexander dari Yugoslavia pada tahun 1934. Selepas kudeta tentera Bulgaria pada tahun yang sama, IMRO telah diharamkan oleh pihak berkuasa Bulgaria. Mihailov melarikan diri ke Turki dan kemudian Itali, dimana kebanyakan anggota Ustaše juga dibuang negeri. Selepas pencerobohan Yugoslavia pada tahun 1941, Mihailov berpindah ke Zagreb dimana beliau bertindak sebagai penasihat kepada Ante Pavelić. Pada Januari 1944 beliau berjaya melobi pihak Jerman untuk memberi senjata kepada para penyokong Ohrana dan menempatkan mereka dibawah perintah Schutzstaffel (SS) di Makedonia Greece, yang juga merupakan bahagian yang diilhak oleh Bulgaria in 1941.[2]

Pada tahun 1928, Mihailov mengusulkan satu rancangan yang meminta penyatuan wilayah Makedonia menjadi satu negara, yang mendapat kuasa autonomi daripada Bulgaria.[4] Beliau adalah penyokong sebuah negara pelbagai etnik Makedonia Bersatu yang pro-Bulgaria, memanggilnya: "Switzerland di rantau Balkan".[5] Semasa fasa terakhir Perang Dunia Kedua beliau cuba merealisasikan rancangannya bekerjasama politik dengan Jerman, namun beliau membatalkan pelaksanaan idea ini kerana kekurangan bantuan tentera yang secukupnya. Namun begitu, sebuah negara merdeka telah diisytiharkan oleh puak nasionalis Macedonia pada 8 September 1944. Tanpa cara untuk menjadikan ia realiti, dalih ini terpadam sebaik saja Partisan Yugoslavia mengukuhkan penguasaannya setelah pengunduran askar Jerman dari kawasan itu pada pertengahan November. Peristiwa ini menandakan kekalahan nasionalisme Bulgaria dan kemenangan Makedonisme dikawasan itu.[6]

Lihat juga

sunting
  1. ^ Tomasevich (2001), pp. 166–167
  2. ^ a b Tomasevich (2001), p. 167
  3. ^ Tomasevich (2001), p. 159
  4. ^ "Collective Memory, National Identity, and Ethnic Conflict: Greece, Bulgaria, and the Macedonian Question, Victor Roudometof, Greenwood Publishing Group, 2002, ISBN 0275976483, p. 99.
  5. ^ Fischer (2007), p. 127
  6. ^ Macedonia and the Macedonians: A History, Andrew Rossos, Hoover Press, 2008, ISBN 9780817948832, p. 189.

Rujukan

sunting
  • Chary, Frederick B. (1972). The Bulgarian Jews and the Final Solution, 1940-1944. University of Pittsburgh Press. ISBN 0-822984-43-1.
  • Danforth, Loring M. (1995). The Macedonian Conflict: Ethnic Nationalism in a Transnational World. Princeton University Press. ISBN 0-691043-56-6.
  • Dear, Ian C.B. (2005). "World War II". Dalam Dear, Ian C.B.; Foot, Michael R. D. (penyunting). The Oxford Companion to World War II. Oxford University Press. ISBN 0-192806-66-1.
  • Fischer, Bernd J. (2007). Balkan Strongmen: Dictators and Authoritian Rulers of Southeast Europe. Purdue University Press. ISBN 978-1-55753-455-2.
  • Poulton, Hugh (2003). "Macedonians and Albanians as Yugoslavs". Dalam Đokić, Dejan (penyunting). Yugoslavism: Histories of a Failed Idea, 1918-1992. C. Hurst & Co. Publishers. ISBN 1-850656-63-0.
  • Ramet, Sabrina P. (2006). The Three Yugoslavias: State-Building and Legitimation, 1918–2005. Bloomington: Indiana University Press. ISBN 978-0-253-34656-8.
  • Todorovski, Zoran (1997). Vnatrešnata makedonska revolucionerna organizacija, 1924–1934 (dalam bahasa Serbo-Croatian). Skopje: Robz.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Tomasevich, Jozo (2001). War and Revolution in Yugoslavia, 1941–1945: Occupation and Collaboration. Stanford: Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-3615-2.
  • IMRO (United). Documents and materials, book I and II, Ivan Katandzhiev, Skopje, 1991, 1992
  • History of Bulgaria, Sofia, 1994
  • For independent state Croatia: common struggle of the Croats and Macedonians, Wien, 1932

Bacaan lanjut

sunting