Majlis Daerah Sri Aman
Majlis Daerah Sri Aman merupakan sebuah Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan bagi memberikan perkhidmatan bagi penduduk Sri Aman, Sarawak.
Majlis Daerah Sri Aman | |
---|---|
MDSA | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Januari 1986 |
Didahului oleh | Majlis Daerah Batang Lupar |
Kepimpinan | |
Pengerusi | Cr. Anthony Abell anak Chendan (sejak Julai 2019) |
Struktur | |
Ahli | 31 orang ahli majlis |
Moto | |
Berkhidmat | |
Tempat persidangan | |
MAJLIS DAERAH SRI AMAN
PETI SURAT 78, 95007 SRI AMAN, SARAWAK | |
Laman sesawang | |
https://sriamandc.sarawak.gov.my/web/home/index/ | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Sejarah
suntingPada 1 Januari 1986, Majlis Daerah Batang Lupar (Batang Lupar District Council) secara rasmi ditukar nama kepada Majlis Daerah Sri Aman (Sri Aman District Council). Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi kuasa dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 1971) untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk Sri Aman.
Bandar, Daerah, Bahagian Sri Aman dahulunya dikenali sebagai 'Simanggang'. Nama 'Sri Aman' diambil sempena Peristiwa Bersejarah Deklarasi Sri Aman (satu perjanjian keamanan yang ditandatangani pada 21 Oktober 1973 di antara kerajaan dan pengganas komunis). Penukaran nama ini dikuatkuasa melalui SWK.L.N 42/80 of Part II of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980.