Majlis Daerah Sabak Bernam
Majlis Daerah Sabak Bernam (Singkatan: MDSB) merupakan sebuah Kerajaan Tempatan ataupun dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (Singkatan: PBT) yang mentadbir Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Majlis Daerah Sabak Bernam
Kuala Selangor District Council 沙白安南县议会 | |
---|---|
Keluasan | |
• Jumlah | 101,700 ha (251,300 ekar) |
Sejarah
suntingMajlis Daerah Sabak Bernam adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan:
- Majlis Tempatan Sekinchan
- Majlis Tempatan Sungai Besar
- Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, dan
- Lembaga Bandaran Sabak Bernam
Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan:
- Pekan Sekinchan
- Pekan Sungai Besar
- Pekan Sabak Bernam
- Pekan Bagan Terap
- Pekan Sungai Haji Dorani
- Pekan Sungai Nibong
- Pekan Simpang Lima
- Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A')
- Pekan Parit Baru
- Pekan Sungai Air Tawar
- Pekan Pasir Panjang
- Pekan Bagan Nakhoda Omar
Fungsi
sunting- Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
- Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
- Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
- Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
- Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.
Dasar Kualiti
suntingMembangunkan potensi Daerah Sabak Bernam ke arah kecemerlangan di dalam bidang perkhidmatan perbandaran melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Majlis Daerah Sabak Bernam komited untuk memastikan kehendak pihak berkepentingan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti dan pematuhan terhadap keperluan undang-undang yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem dengan:
- Memastikan setiap arahan dan dasar Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan segera bagi mencapai matlamat yang ditetapkan;
- Bersedia melayani dan membaiki kelemahan daripada aduan awam berhubung perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pentadbiran Majlis; dan
- Bersedia untuk menerima setiap teguran dan pandangan yang membina daripada semua pihak untuk kebaikan bersama masyarakat setempat dan pentadbiran Majlis.
Yang Dipertua: Encik Azman bin Dahlan
Setiausaha: Encik Mohd Muktafi bin Sarpan
Terdapat 11 jabatan dan 7 unit utama bagi membantu sistem pengurusan dan pentadbiran MDSB:
No. | Jabatan / Unit |
---|---|
1 | Jabatan Khidmatan Pengurusan |
2 | Jabatan Perbendaharaan |
3 | Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta |
4 | Jabatan Perancangan Pembangunan |
5 | Jabatan Kejuruteraan |
6 | Jabatan Kawalan Bangunan |
7 | Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran |
8 | Jabatan Landskap |
9 | Jabatan Pembangunan Masyarakat |
10 | Jabatan Penguatkuasaan |
11 | Jabatan Pelesenan |
12 | Unit Pusat Setempat |
13 | Unit Audit Dalam |
14 | Unit Korporat dan Perhubungan Awam |
15 | Unit Pesuruhjaya Bangunan |
16 | Unit Integriti |
17 | Unit Perundangan |
18 | Unit Perolehan |
Ahli Majlis dan Persempadan Zon
suntingNo. | Ahli Majlis | Jawatan / Zon | Kawasan |
---|---|---|---|
1 | Dato' Haji Baharin @ Abdullah | Sungai Besar 1 |
|
2 | Azhar bin Achil | Sungai Besar 2 |
|
3 | Alan bin Samdin | Sungai Besar 3 |
|
4 | Ng Swee Lee | Sungai Besar 4 |
|
5 | Jeegisthiswaran A/L Kuppan | Sungai Besar 5 |
|
6 | Cheah Lee Hun | Sungai Besar 6 |
|
7 | Noorraliqah binti Muliyani | Sungai Besar 7 |
|
8 | Nur Syuhadah bin Ya'acob | Sungai Besar 8 |
|
9 | Haji Rasimin bin Mat Nayan | Sungai Besar 9 |
|
10 | Akhbar Ali bin Bathurdeen | Sungai Besar 10 |
|
11 | Muhamad Jashir Khan bin Mohd Johari Muniyandy | Sungai Besar 11 |
|
12 | Hashim bin Ramli | Sungai Besar 12 |
|
13 | Tan Saw Moi | Sabak Bernam 1 |
|
14 | Shim Kim Huang | Sabak Bernam 2 |
|
15 | Mahendran A/L Magesferan | Sabak Bernam 3 |
|
16 | Mohd Nasir bin Sulong @ Kamaruddin | Sabak Bernam 4 |
|
17 | Nor Faiza binti Samsi | Sabak Bernam 5 |
|
18 | Tan Zhe Wei | Sekinchan 1 |
|
19 | Wong Ah Chia | Sekinchan 2 |
|
20 | Noor Sulisiah Ampira Wani binti Miswan Alwi | Sekinchan 3 |
|
21 | Mohamad Masudi bin Jubri | Sekinchan 4 |
|
22 | Gan Kian Yong | Sekinchan 5 |
|
23 | Haji Azlan bin Haji Ghazali | Bagan Nakhoda Omar & Sungai Air Tawar |
|
24 | Nor Faiza binti Samsi | Parit Baharu |
|
25 | Azman bin Dahlan | Yang Dipertua |
Sumber Lain
suntingPenerbitan Majlis Daerah Sabak Bernam:
http://www.mdsb.gov.my/ms/mdsb/sumber/penerbitan
Muat Turun Borang:
http://www.mdsb.gov.my/ms/mdsb/sumber/muat-turun-borang
Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam:
https://www.facebook.com/MajlisDaerahSabakBernam
Instagram Majlis Daerah Sabak Bernam:
https://www.instagram.com/majlis_daerah_sabak_bernam/
Twitter Majlis Daerah Sabak Bernam:
Rujukan
sunting- ^ a b "Latar Belakang". Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam. 2023-08-23. Dicapai pada 2023-08-27.
- ^ "Ahli Majlis & Pegawai Zon". Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam. 2023-08-23. Dicapai pada 2023-08-27.