Majlis Daerah Kota Belud

Majlis Daerah Kota Belud[1] (MDKB) merupakan pihak berkuasa tempat terawal yang diwujudkan di Sabah. Sehingga kini, terdapat sebuah pekan utama Pekan Kota Belud dan dua pekan kecil iatu Pekan Nabalu dan Pekan Taginambur.

Majlis Daerah Kota Belud
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1951
Kepimpinan
Pegawai Eksekutif
Kamariah binti Ismail
Struktur
Ahli18 orang ahli majlis
Tempat persidangan
PETI SURAT NO.8,

MAJLIS DAERAH KOTA BELUD,

89157, KOTA BELUD
Laman sesawang
https://mdkotabelud.sabah.gov.my/
Perlembagaan
Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud adalah satu daripada pentadbiran daerah yang tertua di Negeri Sabah, yang ditubuhkan sejak masa zaman jajahan Kerajaan Kolonial dan menjadi daerah penuh mendahului daerah-daerah lain. Daerah Ranau pernah menjadi sebahagian dari daerah kecil kepada daerah Kota Belud sebelum tahun 1953. Di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud jugalah, Majlis Daerah yang pertama ditubuhkan di Sabah dalam tahun 1952.

Bangunan Majlis Daerah Kota Belud terletak di atas Bukit Perintah. Terdapat 2 bangunan Sekretariat (Lama dan baru). Di bangunan lama menempatkan beberapa jabatan Negeri dan Persekutuan . Manakala, di bangunan baru pula menempatkan Pejabat Daerah dan Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah.

LATAR BELAKANG

sunting

Majlis Daerah Kota Belud

Majlis Daerah Kota Belud ditubuhkan pada tahun 1951 dan merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang tertua di Negeri Sabah. Penubuhan Majlis Daerah Kota Belud adalah melalui Instrumen Majlis Daerah Kota Belud yang dibuat berdasarkan seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 yang memberikan perkhidmatan Majlis kepada penduduk yang tinggal di kawasan percukaian Majlis. Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Negeri Sabah, Majlis Daerah Kota Belud juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Pekan Kota Belud.

Memandangkan perkembangan pembangunan yang berlaku menyebabkan struktur organisasi yang ada tidak dapat menampung beban kerja semakin bertambah dan permintaan untuk perkhidmatan yang lebih cekap oleh masyarakat setempat semakin bertambah. Majlis Daerah Kota Belud telah disusun semula mengikut Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 dan diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Kota Belud pada 01 Januari 1951. Ordinan ini membolehkan penyatuan kuasa, tugas dan tanggungjawab dibuat secara terperinci dan ditetapkan di dalam satu Undang-Undang yang boleh digunakan untuk semua peringkat PBT Negeri Sabah.

Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Belud, keluasan percukaian hanya seluas 94.75 ekar sahaja, sehinggalah pada tahun 1982 keluasan percukaian telah diperluaskan kepada 1,200 ekar. Lima dekad yang lalu, Majlis ini hanya mempunyai sebuah Pejabat kayu papan sehingga pada Disember 1996, Pejabat Majlis yang baru dibina, yang terletak di tengah pusat Pekan Kota Belud telah menjadi pusat Pentadbiran Majlis Daerah Kota Belud. Sehingga kini Daerah Kota Belud telah mempunyai sebuah Pekan utama iaitu Pekan Kota Belud dan dua (2) Pekan Kecil iaitu Pekan Nabalu dan Pekan Taginambur.

Visi dan Misi

sunting

VISI

MAJLIS DAERAH KOTA BELUD KE ARAH DAERAH KOTA BELUD YANG TERANCANG BERSISTEMATIK, BERBUDAYA DAN SEJAHTERA.

MISI

  1. MEWUJUDKAN KERAJAAN TEMPATAN YANG EFEKTIF DAN BERKESAN DENGAN PENYERTAAN MASYARAKAT TEMPATAN DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS DAN PERKHIDMATAN AWAM.
  2. MEMASTIKAN SEMUA UNDANG-UNDANG KECIL DILAKSANAKAN.
  3. MEWUJUDKAN PBT YANG BERDIKARI, BERKESAN DAN BERKEBOLEHAN DI SABAH BERDASARKAN PERUNTUKAN ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961.
  4. MEWUJUDKAN BANDAR-BANDAR DAN PEKAN-PEKAN BARU DI PERINGKAT PBT SERTA DALAM KEADAAN BERSIH, TERATUR, INDAH DAN MENJADI TUMPUAN PELANCONGAN.
  5. MENGGALAKAN PERTUMBUHAN PROJEK-PROJEK SOSIO-EKONOMI DAN PROJEK KOMERSIAL YANG MENGUNTUNGKAN UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN MAJLIS.
  6. MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP PARA PEMBAYAR CUKAI SERTA MASYARAKAT PENGGUNA PEKAN KOTA BELUD.
  7. PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN BANDAR MELALUI PERANCANGAN YANG TERATUR DI BANDAR DAN LUAR BANDAR.

"SABAH MAJU JAYA"

Fungsi dan Peranan

sunting
Fungsi Keseluruhan Majlis Daerah Kota Belud
Bahagian Fungsi
Bahagian Pentadbiran
  • Menguruskan urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, surat menyurat, rekod perkhidmatan kakitangan. (Maklumat persaraan dan cuti kakitangan)
  • Menguruskan penerimaan dan pemakaian semua pakaian dan kelulusan Majlis sebelum diterima pakai.
  • Menguruskan tempahan Dewan Masyarakat Tun Said dan penyewaan Aset MDKB.
  • Menguruskan pendaftaran alat tulis, percetakan dan barang keperluan jabatan.
  • Menguruskan sistem teknologi maklumat yang digunakan oleh MDKB.
Bahagian Kewangan
  • Mengendalikan kerja-kerja perakaunan dan menyemak dalam proses pembayaran.
  • Menguruskan hasil Majlis mengeluarkan bil tuntutan berkaitan MDKB.
  • Menyediakan laporan akaun bulanan dan tahunan.
  • Mengendalikan tugas-tugas pengeluaran bajet dan belanjawan tahunan Majlis.
Bahagian Kesihatan & Perkhidmatan Bandar
  • Mengawalselia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan pekan.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan, dan kawalan penyakit berjangkit.
  • Menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar.
  • Mengeluarkan sijil kesihatan.
  • Mengawalselia anjing berkeliaran di kawasan perkhidmatan MDKB.
Bahagian Pembangunan
  • Memproses permohonan bagi membangunkan serta menyemak simpanan, kemudahan, dan pembinaan projek pembangunan.
  • Menguruskan PPR Ulu Pirasan, Kota Belud.
  • Menguruskan tender/sebut harga bagi projek-projek pembangunan.
  • Bertanggungjawab dalam proses pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan.
  • Membina serta menyelenggara parit dan saliran.
  • Menyediakan kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan.
Bahagian Penguatkuasa
  • Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Majlis Daerah Kota Belud.
  • Membuat tindakan dan siasatan serta penguatkuasaan kesalahan-kesalahan di bawah Undang-Undang Majlis Daerah Kota Belud.

Piagam Pelanggan

sunting
  1. Matlamat kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, jujur, cepat dan cermat.
  2. Melayani pelanggan dengan penuh mesra, sopan santun serta bersedia menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
  3. Memastikan semua perkhidmatan am seperti pemungutan sampah, pembersihan pekan, perkhidmatan bergerak dan membersihkan halaman dilaksanakan mengikut jadual.
  4. Memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
  5. Memproses semua permohonan lesen, kelulusan pelan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.
  6. Memastikan bil-bil tuntutan cukai Am dikeluarkan setiap 3 bulan dan notis arahan membayar dengan denda pada setiap suku terakhir.
  7. Memastikan pembayaran bil-bil tuntutan, invois dan lain-lain dibuat dalam tempoh 1 minggu.
  8. Memastikan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Majlis dilaksanakan dengan berkesan ke tahap yang paling maksimum.
  9. Berusaha meningkatkan taraf kemudahan awam seperti perhentian bas, lorong pejalan kaki, lampu jalan raya dan tong sampah.
  10. Mengambil tindakan setiap pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam dari masa penerimaan pertanyaan dan aduan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "MAJLIS DAERAH KOTA BELUD". mdkotabelud.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-12-04.