Majlis Daerah Ketereh

Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan nama Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil gabungan tiga buah Majlis Tempatan dibawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).Tiga Majlis Tempatan yang terlibat adalah Majlis Tempatan Pangkal Kalong, Majlis Tempatan Kadok dan Majlis tempatan Peringat. Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427H[1].

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam
مجليس دايره كتيريه
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1979
Didahului oleh
Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB)
Kepimpinan
Yang Dipertua
YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed (sejak Julai 2024)
Setiausaha Majlis
YABrs En. Mohd Azman Bin Ghazali
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
Bersatu Membangun Masyarakat
Tempat persidangan
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam
KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Laman sesawang
https://mdketereh.kelantan.gov.my/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).

Sempadan Kawasan MDKPI

sunting

Kedudukan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam adalah bersempadan dengan Majlis-Majlis Daerah lain sebagaimana berikut:

Visi dan Misi

sunting

MDKPI berusaha kearah sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan selaras dengan dasar Kerajaan dan Perbandaran Islam.

  • Mewujudkan prasarana yang memuaskan
  • Mengadakan pembangunan insan
  • Membangunkan ekonomi yang adil bersesuaian dengan persekitaran Bandar
  • Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Jabatan

sunting

Terdapat 13 jabatan yang terlibat dalam fungsi pentadbiran dan operasi Majlis Daerah Ketereh iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia
  • Bahagian Perbendaharaan
  • Bahagian Perancangan dan Bangunan
  • Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan
  • Bahagian Perundangan
  • Bahagian Perlesenan, Kesihatan Awam dan Kebersihan
  • Bahagian Penguatkuasaan
  • Bahagian Penilaian
  • Bahagian Pengurusan Harta
  • Bahagian Pusat Setempat (OSC)
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Bahagian Perhubungan Awam & Korporat
  • Bahagian Pembangunan Islam

Rujukan

sunting