Roda-Roda (majalah)
Roda-Roda merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Majalah ini merupakan sebuah majalah khusus untuk peminat motosikal dan diterbitkan secara bulanan sejak tahun 1986 hingga tahun 2024 oleh Bayu D Enterprise Sdn Bhd (dulu Bayu Enterprise) yang berpangkalan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.
Kategori | Motorsikal |
---|---|
Kekerapan | Bulanan |
Pengasas | Mohamad Yusof Bakar |
Isu pertama | November 1986 |
Isu terakhir — Bilangan | Disember 2024 456 |
Syarikat | Bayu D Enterprise Sdn Bhd |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Laman web | https://www.rodaroda.my/ |
Selain daripada berita-berita serta ulasan uji pandu model-model motosikal yang dipasarkan di Malaysia serta ulasan sukan lumba motosikal seperti Grand Prix Motosikal dan Malaysian Cub Prix, Roda-Roda juga turut menyiarkan sesi uji pandu model baru motosikal serta berita-berita yang berkaitan dengan motosikal di luar negara melalui dua orang wartawan yang bertugas di luar negara iaitu Alan Cathcart (bagi kawasan Eropah) dan Clement Salvadori (bagi kawasan Amerika Syarikat).
Pengasas
suntingMajalah Roda-Roda diasaskan oleh Mohamad Yusof Bakar. Yusof meletakkan jawatan tinggi di sebuah syarikat pemakanan terkenal untuk menerbitkan majalah Roda-Roda pada tahun 1986.[perlu rujukan]
Mohamad Yusof Bakar meninggal dunia pada 4 April 2012 pada pukul 3.45 petang di Hospital Ampang akibat masalah darah.[1]
Rujukan
sunting- http://www.speedrider.org/2012/04/belasungkawa-mohd-yusof-bakar-roda-roda.html
- http://www.bhauto.my/belasungkawa-pengasas-majalah-roda-roda-kembali-ke-rahmatullah/
- http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2012/04/takziah-kepada-keluarga-allahyarham.html
- ^ "Farewell to Roda-Roda founder" [Salam Takziah kepada Pengasas Roda-Roda]. New Sunday Times (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2012 – melalui KLiK.