Maher Zain
Maher Zain (lahir 16 Julai 1981) ialah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya Thank You Allah yang terdiri daripada 13 buah lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November 2009. Muzik video beliau di laman YouTube telah mengumpul lebih daripada 5 juta tontonan
Maher Zain | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Maher Mustafa Maher Zain |
Kelahiran | Tripoli, Lubnan | 16 Julai 1981
Berasal dari | Sweden |
Pekerjaan | Penyanyi, Penulis lirik, Komposer, Pelakon |
Tahun aktif | 2009 - kini |
Syarikat rakaman | Awakening Music |
Pengkarya berkait | Ali Magrebi, Hamza Namira, Mesut Kurtis, Raef, Humood Alkhudher, dan Harris J. |
Biografi
suntingKehidupan awal
suntingMaher Zain lahir pada 1981 di Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahannya. Maher mendapat papan nada pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Kejuruteraan Penerbangan. Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa di sekolahnya dengan rakan-rakan bilamana mereka akan bernyanyi, ber-"rap", menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal.[1]
Kerjaya
suntingSetelah terlibat untuk sementara di dunia muzik sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan dengan RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Maghribi. Maher mula bekerja dengan RedOne dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album serta menandatangani kontrak dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi mengenai muzik daripada ayahnya, yang merupakan penyanyi yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.
Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir.
Penghargaan dan anugerah
suntingLagu Agama Terbaik untuk tahun 2009 daripada Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir) untuk "Ya Nabi Salam Alayka".
Pada 14 September 2011, Maher Zain diumumkan sebagai salah seorang calon untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM) bagi kategori "Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara", untuk lagunya "Insha Allah (Malay)".[2]
Diskografi
sunting- Thank You Allah (2009)
- Forgive Me (2012)
- One (2016)
Penampilan lain
suntingMaher Zain telah muncul dalam satu sinetron Indonesia bertajuk Insya-Allah. Drama berjumlah 40 episod berkenaan telah ditayangkan sempena Ramadan yang di saluran Astro Oasis dan Astro Mustika HD bermula dari 17 Julai 2012 jam 5.30 petang, serentak dengan penayangannya di stesen televisyem Indonesia SCTV.[3]Dan Pesantren Rock N Roll
Rujukan
sunting- ^ Entertainment (2011-08-10). Maher Zain's Hip but Pious Soundtrack to the Arab Spring. The Atlantic dicapai pada 10 Oktober, 2011
- ^ http://ohartis.com/2011/09/senarai-pencalonan-aim-18-2011/
- ^ Maher Zain bintangi sinetron Diarkibkan 2012-06-28 di Wayback Machine Harian Metro dicapai pada 26 Jun, 2012