Mahek Chahal (lahir 1 Februari 1979) ialah seorang pelakon dan model Norway asal India yang muncul dalam filem-filem Bollywood. Chahal merupakan peserta Bigg Boss.

Mahek Chahal
Chahal di pelancaran INIFD Academy of Interiors
Kelahiran (1979-02-01) 1 Februari 1979 (umur 45)[1][2]
Oslo, Norway[3]
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2002—kini
Laman web rasmiwww.mahekchahal.com

Kerjaya

sunting

Chahal membuat penampilan Bollywood pertamanya dengan peranan utama dalam filem Nayee Padosan (2003). Beliau juga tampil dalam nombor item dalam filem Chameli (2004). Chahal seterusnya muncul dalam filem Punjabi Dil Apna Punjabi (2006) dan memegang watak pembantu dalam filem Wanted dan Main Aurr Mrs Khanna (2009).[4] Beliau melakukan nombor item dalam filem Yamla Pagla Deewana.[5] Chahal muncul dalam rancangan televisyen realiti Norway Fristet (2011). Beliau juga membintangi Karar: The Deal (2014). Chahal melancarkan pakaiannya Mahek Chahal Clothing di Norway.[6] Beliau juga seorang peserta dalam rancangan realiti Bigg Boss 5 (2011) dan Bigg Boss Halla Bol (2015).[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Jha, Sumit (3 February 2012). "Mahek Chahal gets birthday surprise". The Times of India. Dicapai pada 24 April 2016.
  2. ^ Indo-Asian News Service (22 January 2015). "Mahek Chahal now sets sight on dance shows". The Indian Express. Dicapai pada 24 April 2016. The 35-year-old, who was the runner-up of “Bigg Boss 5”
  3. ^ Singh, Gurvinder (21 May 2014). "Fit 'n' fine". The Tribune (Chandigarh). Dicapai pada 24 April 2016.
  4. ^ "Mahek: If I was that close to Salman, I'd be the lead in all his films". Rediff. 12 December 2011. Dicapai pada 24 April 2016.
  5. ^ "Dharam Paajis item girl". Mid Day. 19 November 2010. Dicapai pada 24 April 2016.
  6. ^ Joshi, Tushar (2 May 2014). "Mahek Chahal and Danish Khan — It's over!". Daily News and Analysis. Dicapai pada 24 April 2016.
  7. ^ "Bigg Boss Halla Bol: Mahek Chahal eliminated in mid-week eviction". India Today. 22 January 2015. Dicapai pada 24 April 2016.

Pautan luar

sunting