Maharaja Yung Lo

(Dilencongkan daripada Maharaja Yongle)

Maharaja Yongle (Wade-Giles: Yung-lo; 2 Mei 136012 Ogos, 1424), dilahirkan sebagai Zhu Di (Chu Ti) , merupakan maharaja ketiga dari Dinasti Ming yang telah memerintah China bermula daripada 1402 hingga 1424. Nama era baginda "Yongle" bermaksud "Kebahagiaan Kekal". Baginda secara umumnya dianggap sebagai maharaja Dinasti Ming teragung, dan merupakan salah seorang daripada maharaja-maharaja China yang teragung.

Maharaja Yung Lo
Lahir dan mangkat: (1360-05-02)2 Mei 1360–12 Ogos 1424(1424-08-12) (umur 64)
Nama keluarga: Zhu (朱)
Nama diberi: Di (棣)
Tempoh pemerintahan: 17 Julai 140212 Ogos 1424
Dinasti: Ming (明)
Nama era: Yǒnglè (永樂)
Tarikh era: 23 Januari 140319 Januari 1425
Nama kuil: Chéngzǔ¹ (成祖)
Nama selepas mati:
(pendek) 
Maharaja Wen (文皇帝)
Nama selepas mati:
(penuh) 
Maharaja Qitian Hongdao
Gaoming Zhaoyun Shengwu
Shengong Chunren Zhixiao Wen
啓天弘道高明肇運聖武神功純仁
至孝文皇帝
Nota umum: Tarikh-tarikh yang dilampirkan adalah berdasarkan Kalendar Julian.
Ia tidak dinyatakan dalam Kalendar Gregory.
———
1. Nama asal kuil adalah Taizong (
太宗), akan tetapi ia telah
ditukar pada tahun 1538 menjadi Chengzu.

Baginda adalah seorang Putera Yan (燕王), yang memiliki pangkalan tentera yang kuat di Beijing. Baginda dikenali sebagai Chengzu dari Dinasti Ming (明成祖 juga ditulis Cheng Zu, atau Ch'eng Tsu (Cheng Tsu) di dalam Wade-Giles) selepas menjadi maharaja berikutan satu perang saudara. Perampasan takhta oleh baginda kini kadang kala dikenali sebagai "Penubuhan Kedua" Dinasti Ming.

Baginda telah mengubah ibu negara daripada Nanjing ke Beijing, dan telah membina Kota Larangan di sini. Selepas menjadi usang dan tidak digunakan semasa Dinasti Yuan dan pemerintahan Hongwu, Maharaja Yongle telah membaik pulih dan membuka semula Terusan Besar China ke ibu negara baru Beijing di utara bagi memastikan bekalan berterusan barangan dan bekalan makanan dari selatan. Baginda juga telah mentauliahkan semula penjelajahan laut oleh Zheng He. Semasa pemerintahan baginda, monumen Ensiklopedia Yongle telah disiapkan. Walaupun bapanya iaitu Zhu Yuanzhang keberatan semasa menjadi maharaja, Yongle menyokong peperiksaan perkhidmaan awam untuk merangka pegawai-pegawai berpedidikan kerajaan daripada menggunakan syor dan perlantikkan yang mudah.

Maharaja Yongle telah dimakamkan di Changling (長陵, "Makam Panjang"), makam tengah dan terpanjang di Makam Dinasti Ming.

Rujukan

sunting
  • Brook, Timothy. (1998). The Confusions of Pleasure: Commerce and Culture in Ming China. Berkeley: University of California Press. ISBN 0-520-22154-0
  • Brown, Mick. (2004). The Dance of 17 Lives: The Incredible True Story of Tibet's 17th Karmapa, p. 34. Bloomsbury Publishing, New York and London. ISBN 1-58234-177-X.
  • Sperling, Elliot. "The 5th Karma-pa and some aspects of the relationship between Tibet and the early Ming." In: Tibetan Studies in Honour of Hugh Richardson. Edited by Michael Aris and Aung San Suu Kyi, pp. 283-284. (1979). Vikas Publishing house, New Delhi.

Bacaan lanjut

sunting
Maharaja Yung Lo
Tarikh keputeraan: 2 Mei 1360 Tarikh kemangkatan: 12 Ogos 1424
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Jianwen
Maharaja China
1402–1424
Diikuti oleh:
Maharaja Hongxi